awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemboja umum keputusan rasmi pilihan raya umum pada 4 Ogos

Bernama
Bernama
01/08/2023
06:04 MYT
Kemboja umum keputusan rasmi pilihan raya umum pada 4 Ogos
Keputusan tidak rasmi menunjukkan bahawa CPP memenangi 6,398,311 undi daripada jumlah 7,774,276 undi sah. - Foto REUTERS
PHNOM PENH: Keputusan rasmi pilihan raya umum Kemboja termasuk pengagihan kerusi dalam Dewan Negara akan dikeluarkan pada 4 Ogos, lapor Xinhua, memetik Jawatankuasa Pilihan Raya Kebangsaan (NEC) pada Selasa .
Menurut keputusan tidak rasmi NEC, Parti Rakyat Kemboja (CPP) yang dipimpin Perdana Menteri Samdech Techo Hun Sen mencatat kemenangan luar biasa dalam pilihan raya umum 23 Julai.
Sebanyak 18 parti politik bertanding dalam pilihan raya, yang diadakan setiap lima tahun sekali untuk memilih Ahli Parlimen bagi Dewan Negara yang berjumlah 125 kerusi.
Keputusan tidak rasmi menunjukkan bahawa CPP memenangi 6,398,311 undi daripada jumlah 7,774,276 undi sah, dan Parti Funcinpec Putera Norodom Chakravuth menerima 716,490 undi.
Berdasarkan keputusan itu, CPP memenangi 120 kerusi parlimen, manakala Parti Funcinpec memperoleh lima kerusi.
Hun Sen, telah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Kemboja selama lebih 38 tahun, mengumumkan bahawa beliau akan berundur pada 22 Ogos dan menyerahkan tampuk kepimpinan kepada anak sulungnya Hun Manet.
Pemimpin berusia 70 tahun itu berkata Dewan Negara yang baharu dipilih akan mengadakan sesi pertamanya pada 21 Ogos, dan kabinet baharu yang diketuai oleh Hun Manet akan mengangkat sumpah pada 22 Ogos.
Hun Manet, 45, kini merupakan ahli Jawatankuasa Tetap CPP dan timbalan ketua komander Angkatan Tentera Diraja Kemboja.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Kemboja
#pilihan raya umum
#Hun Sen
#keputusan rasmi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan