awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes pembunuhan kejam ketua komuniti Rohingya, polis tahan 4 suspek

Bernama
Bernama
04/10/2021
04:28 MYT
Kes pembunuhan kejam ketua komuniti Rohingya, polis tahan 4 suspek
Mohibullah, ketua Arakan Rohingya Society for Peace and Human Rights, maut akibat ditembak di luar pejabatnya di kem Kutupalong, Cox's Bazar pada Rabu lalu.
DHAKA: Pihak berkuasa Bangladesh menahan empat suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan ketua komuniti Rohingya di Cox's Bazar, kata polis pada Ahad lapor Agensi Anadolu.
Mereka ditahan di kem pelarian Cox's Bazar antara Jumaat pagi dan Sabtu malam, menurut timbalan penguasa polis daerah Md Rafiqul Islam.
"Siasatan masih berjalan. Kami sangat berhati-hati untuk memastikan bahawa kami dapat tangkap dalang sebenar," katanya.
BACA: Puluhan ribu etnik Rohingya berarak ketika pengebumian pemimpin tinggi
Mohibullah, ketua Arakan Rohingya Society for Peace and Human Rights, maut akibat ditembak di luar pejabatnya di kem Kutupalong, Cox's Bazar pada Rabu lalu.
Beliau tokoh popular kepada lebih 1.1 juta pelarian Rohingya di Bangladesh, yang kebanyakannya melarikan diri akibat keganasan tentera di Rakhine, Myanmar pada Ogos 2017.
Pembunuhan beliau turut mendapat kecaman kumpulan hak asasi antarabangsa yang mahu pembunuh Mohibullah segera ditangkap.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ketua komuniti Rohingya
#Cox's Bazar
#Mohibullah
#Pembunuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan