TEL AVIV: Ketua Staf Angkatan Pertahanan Israel (IDF), Herzi Halevi mengambil sepenuhnya tanggungjawab di atas kematian tiga tebusan Israel yang tersilap dibunuh oleh askar IDF pada Jumaat lalu.
Menurut Halevi, IDF telah selesai menjalankan siasatan awal berhubung kejadian itu.
"IDF dan saya sebagai komandernya, bertanggungjawab atas apa yang berlaku dan kami akan melakukan segala-galanya untuk mengelakkan insiden seperti itu daripada berulang dalam pertempuran masa depan," kata Halevi dalam satu kenyataan video sambil merujuk kesilapan itu sebagai "peristiwa yang sukar dan menyakitkan. ”
"Tiada apa yang dimahukan oleh tentera IDF dan komander mereka di Semenanjung Gaza selain daripada menyelamatkan tebusan hidup-hidup. Dalam kes ini, kami tidak berjaya. Kami merasakan kesedihan yang mendalam daripada keluarga atas kematian tebusan," katanya.
“Keputusan yang perlu dibuat dalam sekelip mata boleh menjadi keputusan hidup atau mati.
“Saya berpendapat, tiga tebusan itu melakukan segala yang mungkin supaya kami faham - mereka bergerak tanpa memakai baju supaya kami tidak mengesyaki mereka membawa bahan letupan dan mereka memegang kain putih - namun, ketegangan mengatasi semua perkara di atas,” ujar Halevi.
Dalam masa sama, Halevi berkata, IDF telah menyelesaikan siasatan awal kejadian itu dan telah memaklumkan keluarga tebusan yang terbunuh mengenai penemuan mereka.
“Kami memaklumkan kepada keluarga tentang penemuan sukar itu dan secara telus menyiarkannya kepada orang ramai.
“Mungkin ada kes tambahan di mana tebusan melarikan diri atau ditinggalkan semasa pertempuran dan kami mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk menyelamatkan mereka hidup-hidup,” katanya. - CNN
Agensi
Sat Dec 16 2023
Ketua Staf Angkatan Pertahanan Israel (IDF), Herzi Halevi mengambil sepenuhnya tanggungjawab di atas kematian tiga tebusan Israel yang tersilap dibunuh oleh askar IDF pada Jumaat lalu. - Gambar fail REUTERS
Niaga AWANI: Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu ini
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata beliau meramalkan paras sokongan segera pada 1,555, diikuti dengan 1,545.
Niaga AWANI: Cabaran jurang negara kaya dan membangun
Editor Astro AWANI, Najib Aroff menemu bual Mirek Dusek yang merupakan Pengarah Urusan, World Economic Forum (WEF) berkait fokus serta tumpuan Mesyuarat Khas WEF serta jurang negara kaya dan membangun.
AWANI Pagi: Sokongan & peluang pekerjaan untuk komuniti Autistik
Sempena sambutan Bulan Autisme Sedunia pada April, ikuti diskusi bersama Beatrice Leong, Autistik, Aktivis dan Pengasas Persatuan Kesejahteraan Autisme mengenai ekosistem sokongan untuk pekerjaan individu autistik di Malaysia.
Letupan bom Sungai Golok: Penduduk Rantau Panjang turut rasai gegaran
Selain letupan seorang saksi mendakwa turut mendengar insiden berbalas tembakan di kawasan berkenaan.
Niaga AWANI: FOMC Mei 2024 bermula esok, apakah jangkaan keputusan The Fed?
Pasaran kini menjangkakan kadar faedah akan dikekalkan pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) seterusnya iaitu pada 1 Mei ini. Adakah ini akan menepati jangkaan pasaran? Perbincangan bersama Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
Delegasi Hamas ke Kaherah bincang gencatan senjata
Hamas dijangka bertindak balas terhadap cadangan genjatan senjata berperingkat terbaharu Israel yang disampaikan pada Sabtu lalu.
14 rumah terjejas ribut landa Kuala Muda
Antara kawasan lain yang terlibat ialah Kampung Teluk Wang Besar, Kampung Teluk Wang Kechil, Kampung Bukit dan Kampung Masjid.
Manfaatkan teknologi AI dalam sektor pendidikan
Perbincangan diperlukan mengenai cara-cara untuk mengintegrasikan AI ke dalam sistem pendidikan secara berkesan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [29 April 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Afiezy Azaman;
IPR: Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Waspada ejen nikah Siam
Pindaan Garis Panduan Lawatan: Sekolah diharap susun semula program – Fadhlina
IPR: Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Waspada ejen nikah Siam
Pindaan Garis Panduan Lawatan: Sekolah diharap susun semula program – Fadhlina
TotalEnergies setuju tingkat pelaburan di Malaysia - PM
TotalEnergies menyatakan komitmen dan bersetuju untuk mempertingkatkan pelaburan dalam sektor huluan minyak dan gas.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
Qatar masih komited sebagai perantara dalam rundingan gencatan senjata di Gaza
Qatar masih komited untuk menjadi orang tengah antara Hamas dan Israel untuk mencapai satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
200 hari menyerang Gaza, Israel rancang serang Rafah yang bakal memburukkan keadaan
Sejak Oktober tahun lepas, tentera Israel telah membunuh 34,183 warga Palestin dan mencederakan lebih 77,000 yang lain.
Bayi di Gaza diselamatkan dari rahim ibu yang syahid dalam serangan Israel
Bayi perempuan seberat 1.4 kilogram itu dilahirkan melalui proses pembedahan C-section itu berada dalam keadaan stabil.
Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh lawat Turki hujung minggu ini - Erdogan
Presiden Turki akan menjadi tuan rumah kepada pemimpin kanan Hamas itu.
Lebih 14,000 kanak-kanak dibunuh di Gaza, Israel telah mengalahkan Hitler - Presiden Turki
Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai yang merupakan aib dalam sejarah manusia, baik di Gaza dan Tebing Barat, tegas Erdogan.
1.7 juta penduduk hilang tempat tinggal di Semenanjung Gaza, kata PBB
Kira-kira 1.7 juta rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal secara paksa di Semenanjung Gaza akibat pencerobohan Israel.
Cucu pemimpin Hamas yang cedera dalam serangan Israel meninggal dunia
Malak Haniyeh, cucu perempuan kepada Ismail Haniyeh meninggal dunia pada Isnin selepas mengalami kecederaan dalam serangan Israel.
Pembunuhan anak pemimpin Hamas tiada kaitan dengan gencatan senjata, rundingan tebusan, kata Israel
Pegawai Israel nafi dakwaan pembunuhan tiga anak Ismail Haniyeh berkait rapat dengan rundingan gencatan senjata dan perjanjian tebusan.
Tiga anak, tiga cucu pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh maut dalam serangan udara Israel
Kesemua mangsa terkorban ketika menaiki kereta untuk melawat saudara mara mereka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.