KUALA LUMPUR: Malaysia mengambil pendirian wajar dengan meminta semua pihak dalam konflik Ukraine-Rusia menghentikan permusuhan dan mencari penyelesaian diplomatik, kata seorang penganalisis pengurusan krisis.
Nordin Abdullah berkata meskipun Malaysia tidak mengutuk Rusia mahupun mengenakan sekatan, ia tetap menyuarakan pendirian dengan mengambil kira teras kepentingan strategik semua pihak terbabit.
"Konflik Ukraine dan Rusia menjadi punca kebimbangan global dan Malaysia mengambil pendirian yang wajar dalam hal ini sejak awal lagi.
"Dan hakikat bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Wisma Putra (Kementerian Luar Malaysia) sentiasa menyatakan keperluan untuk penyelesaian diplomatik dalam (isu) ini sebenarnya adalah cara terbaik ke hadapan," katanya pada Khamis dalam segmen krisis harian Bernama TV "The Brief", dihoskan oleh Penerbit Eksekutif Bernama TV Gerard Ratnam.
Ismail Sabri pada Sabtu lalu berkata setiap usaha perlu dilipatgandakan untuk mencari penyelesaian secara aman dan damai bagi konflik Ukraine-Rusia.
Perdana menteri berkata Kuala Lumpur menggesa semua pihak yang berkenaan supaya mengambil langkah segera untuk mengurangkan dan mencegah kehilangan nyawa dan kemusnahan.
Nordin berkata Malaysia kekal menjadi sebuah negara yang terkenal dengan diplomasi dan pendirian teguh dalam sebarang konflik, terutamanya berkaitan konflik Israel-Palestin.
"Malaysia berada di landasan yang betul dan akan terus memberi tekanan yang diperlukan," tambahnya.
Sementara itu, Pengarah Urusan 7W Associates, Elzaz Azhar berkata konflik Ukraine-Rusia yang berterusan akan mengganggu rantaian bekalan global kerana kedua-dua negara adalah pembekal gandum yang penting.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 03 2022
Gambar menunjukkan seorang anggota perkhidmatan kecemasan Ukraine di hadapan bangunan Dewan Bandaraya susulan serangan di Kharkiv, Ukraine, 1 Mac 2022. (Foto AP)
Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang RM445,089
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bergelar naib juara selepas tewas kepada pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong pada final Jelajah Dunia BWF.
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
Keputusan letak jawatan demi perkukuh PN - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri menafikan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN berpunca daripada keretakan dalam gabungan berkenaan.
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
AS salur bantuan tambahan bernilai AS$300 juta kepada Ukraine
Presiden Joe Biden meluluskan pakej ketenteraan baru bernilai AS$300 juta untuk Ukraine, merangkumi peluru untuk dron dan persenjataan.
China akan hantar wakil khas ke Ukraine: Xi maklumkan kepada Zelenskyy dalam perbualan telefon
China konsisten dan jelas dalam kesediaannya untuk membangunkan hubungan dua hala dengan Ukraine, kata Xi kepada Zelenskyy.
Jawatankuasa Olimpik Afrika sokong atlet Rusia dan Belarus bertanding di bawah bendera neutral
Ahli ANOCA sebulat suara memutuskan untuk menyokong penyertaan atlet Rusia dan Belarus dalam semua pertandingan antarabangsa.
Rusia mahu tamatkan krisis di Ukraine secepat mungkin - Menteri Luar
Melindungi nyawa askar dan orang awam adalah keutamaan bagi Moscow, kata Lavrov.
Zelensky berucap kepada rakyat Ukraine sempena Hari Natal
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky meminta rakyatnya untuk kekal tabah berdepan serangan.
Amaran serangan udara diaktifkan seluruh Ukraine pada Sabtu
Dengan menggunakan saluran komunikasi, pegawai tempatan meminta orang ramai mencari tempat perlindungan.
Tiga sidang kemuncak serantau dijangka dapat bantu akhiri krisis Ukraine - TPM Thailand
Ia pertama kali seumpamanya membabitkan pihak-pihak berkepentingan berkumpul sebagai peserta di tiga lokasi di Asia Tenggara.
[KOLUMNIS] Ekonomi Ayam - Mesti ada 'common-sense, make sense'
Sejak bermulanya peperangan Russia-Ukraine pada tahun ini, harga makanan global telah meningkat lagi sebanyak 12%.
Rusia bakal tinggalkan ISS selepas 2024
Rusia akan beri tumpuan kepada usaha membina pos luar orbitnya sendiri.
Rusia nafi serang pelabuhan Ukraine selepas perjanjian mengenai bijirin - Menteri Turkiye
Pihak berkuasa Rusia memaklumkan ia tidak terlibat dalam serangan ini serta sedang meneliti isu itu dengan terperinci.