ANGKA korban akibat COVID-19 terus meningkat.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 sudah melebihi 1.03 juta.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 209,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan 145,000 kes.

Manakala India dan Mexico masing-masing merekodkan lebih 100,000 dan 78,000 angka korban.

Manakala, United Kingdom (UK) catat 42,000 kes.

Itali, Peru, Perancis dan Sepanyol pula berkongsi angka korban melebihi 30,000 kes.

Negara yang melebihi angka 20,000 kes korban adalah Iran, Colombia, Rusia dan Argentina.

Lain-lain negara masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.