SEOUL: Kerajaan Korea Selatan akan melancarkan visa "cuti sambil kerja" atau "workation" tahun depan bagi membolehkan warga asing melancong ke seluruh negara sambil bekerja jarak jauh, lapor Yonhap memetik Kementerian Kehakiman pada Jumaat.
Di bawah program perintis yang bermula 1 Jan itu, kementerian akan mula mengeluarkan visa "nomad digital" atau "workation" kepada warga asing yang mempunyai pengalaman kerja lebih setahun dalam industri sama dan mereka yang layak bekerja jarak jauh termasuk ahli keluarga mereka.
Pemohon dikehendaki mempunyai pendapatan tahunan dua kali ganda berbanding pendapatan negara kasar per kapita Korea Selatan sebelum memohon visa terbabit.
PNK per kapita Korea Selatan ialah 42.48 juta won (AS$33,002) pada tahun lepas.
Pemohon juga perlu mempunyai insurans perubatan meliputi lebih 100 juta won untuk rawatan perubatan dan yuran penghantaran pulang, menurut kementerian itu.
Pelancong dengan visa terbabit tidak boleh diupah atau terlibat dalam sebarang aktiviti mengaut keuntungan sepanjang tinggal di Korea Selatan.
Visa berkenaan sah selama setahun dan boleh dibaharui sehingga dua tahun serta boleh dikeluarkan di kedutaan Korea Selatan.
Mereka yang kini menetap di negara itu menggunakan visa sementara juga boleh memohon jika memenuhi syarat.
Kementerian Kehakiman memaklumkan pengeluaran visa "workation" dijangka dapat mendorong ekonomi tempatan dan memberi peluang mempromosikan budaya dan keindahan negara.
Sebelum ini, warga asing yang ingin bekerja jarak jauh semasa tinggal di negara ini perlu mendapatkan visa pelancong atau penginapan mereka dihadkan kepada 90 hari tanpa visa.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 29 2023
Ia bagi membolehkan warga asing melancong ke seluruh negara sambil bekerja jarak jauh. -Gambar hiasan
KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
Kelas prasekolah akan diperluas di seluruh institusi pendidikan bawah KPM bagi memastikan isu keciciran murid dapat ditangani daripada awal.
Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Katanya, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
AS sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Kebanyakan tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel.
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
MITI optimis Korea Selatan bakal jadi antara sumber utama FDI ke Malaysia - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) optimis Korea Selatan akan meningkatkan kedudukannya sebagai antara sumber utama pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia tidak lama lagi.
Lima pasukan jadi pilihan julang Piala Uber 2024
Koea Selatan boleh menjangkakan saingan sengit daripada kuasa besar seperti China, Jepun serta pasukan baru dalam saingan Piala Uber.
KDNFC guna khidmat empat pemain import dari Korea Selatan
Empat pemain itu ialah Ri-Gwan Kim dan Ahoe Koo, kedua-duanya pemain pertahanan, Bae Kyeong Hwan (penyerang) dan Jung Byung Ju (tengah).
Malaysia, Korea Selatan sambung semula perjanjian perdagangan bebas - MITI
Malaysia dan Korea Selatan menyambung semula Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Korea (MKFTA) yang dijangka dapat meningkatkan perdagangan dan pelaburan dua hala antara kedua-dua negara.
Aaron-Soh Wooi teruskan kemaraan Malaysia di Paris
Aaron-Wooi Yik lulus ujian kedua selepas mengatasi gandingan nombor 25 dari Taiwan, Lee Fang-chih-Lee Fang-jen dalam masa 39 minit.
Enam juruterbang TUDM mula latihan operasi FA-50M di Korea Selatan 2026
Latihan intensif yang bakal dijalani akan berlangsung selama tiga hingga enam bulan, bergantung kepada prestasi juruterbang.
Korea Selatan gantung lesen doktor pelatih lancar mogok
KOREA Selatan akan menggantung lesen doktor pelatih yang melancarkan mogok sebagai hukuman.
Korea Selatan: Mogok doktor pelatih, kerajaan mula ambil tindakan
Menteri Kesihatan Korea Selatan berkata, pihak berkuasa akan mengambil tindakan ke atas doktor pelatih yang melakukan "mogok secara haram- dan mengingkari arahan.
Bekas jurulatih Vietnam dilantik sebagai penasihat teknikal pasukan kebangsaan Republik Korea
Lee akan membantu Hwang Sun-hong dalam dua perlawanan menentang Thailand pada kelayakan Piala Dunia 2026, 21 dan 26 Mac ini.
Kerajaan Korea Selatan mahu berunding dengan doktor-doktor mogok
Negara itu memberi masa sehingga Jumaat, memandangkan tugas-tugas yang menanti kumpulan doktor bekenaan sudah lama tergendala.