awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Utara anjur perarakan, pamer aset ketenteraan

Agensi
Agensi
10/10/2020
23:42 MYT
Korea Utara anjur perarakan, pamer aset ketenteraan
Dalam ucapannya, Jong Un mengucapkan terima kasih kepada pasukan tentera atas khidmat mereka dan petugas barisan hadapan yang berjaya mengekang penularan COVID-19 di negara itu. -AP
PYONGYANG:Korea Utara menganjurkan perarakan tentera pada Sabtu, dihadiri pemimpinnya Kim Jong Un.
Perarakan ini menandakan ulang tahun ke-75 penubuhan Parti Pekerja.
Satu kelainan sambutan tahun ini ialah ia diadakan pada waktu malam.
Ini juga adalah perarakan pertama diadakan dalam tempoh dua tahun.
Dalam ucapannya, Jong Un mengucapkan terima kasih kepada pasukan tentera atas khidmat mereka dan petugas barisan hadapan yang berjaya mengekang penularan COVID-19 di negara itu.
Beliau turut luahkan harapan untuk kembali bekerjasama dengan Korea Selatan sebaik sahaja pandemik berakhir.
“Saya ucapkan penghargaan kepada mereka yang masih melawan penyakit yang disebabkan virus dan mendoakan kesihatan, kebahagiaan kepada mereka.
“Saya juga ucapkan penghargaan kepada rakan-rakan di selatan dan berharap krisis kesihatan ini akan tiba ke penamatnya secepat mungkin dan hari untuk kedua-dua negara untuk kembali bekerjasama akan tiba tidak lama lagi,” katanya.
Acara sambutan ini juga diadakan ketika Pyongyang melaksanakan langkah ketat bagi mengekang penularan COVID-19.
Republik itu tidak catat sebarang kes penularan domestik sehingga kini.
Perarakan sempena ulang tahun ke-75 penubuhan parti pekerja, turut jadi medan mempamerkan aset ketenteraan terbaharu Pyongyang.
Buat kali pertama dalam tempoh dua tahun, Pyongyang pamer peluru berpandu antara benua atau ICBM.
Penganalisis memaklumkan ICBM yang dibawa menggunakan 11 gandar akan menjadi oeluru berpandu yang terbesar pernah dihasilkan di dunia.
Turut dipamerkan peluru berpandu jarak jauh dan peluru berpandu marin.
Ini juga kali pertama Korea Utara pamer aset ketenteraan sejak Jong Un mengadakan pertemuan dengan presiden Donald Trump pada 2018.
Topic Berkaitan
#Korea Utara
#Korea Selatan
#UN
#Donald Trump
#Korea
#Kim Jong Un
#Pyongyang
#COVID-19
#peluru berpandu
#ICBM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan