awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Seorang maut, tujuh cedera kemalangan bas dan dua lori di PLUS
EFL: Man City tewaskan Newcastle 3-1, mara ke final
Lelaki rancang bunuh Trump dihukum penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Utara selia ujian senjata jenis taktikal baharu

Agensi
Agensi
17/04/2019
23:38 MYT
Korea Utara selia ujian senjata jenis taktikal baharu
Ujian senjata tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif Kim untuk mengubah kekuatan tentera Korea Utara. - Foto fail
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menyelia ujian senjata jenis taktikal baharu, menurut media tempatan, pada rabu.
Korean Central News Agency (KCNA) melaporkan ia adalah ujian senjata awam pertama Korea Utara sejak sidang kemuncak kedua Amerika Syarikat-Korea Utara di Hanoi yang berakhir tanpa persetujuan pada bulan Februari.
Bagaimanapun, KCNA tidak mendedahkan sebarang perincian senjata berkenaan dan hanya menggunakan perkataan 'taktikal' yang turut menjelaskan bahawa tiada roket balistik jarak jauh atau peralatan nuklear terlibat dalam ujian itu.
Tambah KCNA, senjata itu mempunyai "mod pelayaran khas" dan "sistem letupan berkuasa".
BACA: Pertemuan kedua Donald Trump, Kim Jong-un diadakan di Hanoi
Pada masa sama, Kim turut memberitahu KCNA bahawa penyempurnaan pembangunan sistem senjata itu merupakan peristiwa yang sangat penting dalam meningkatkan kemampuan pertempuran tentera Korea Utara.
Tahun lepas, Kim juga menyelia ujian "senjata taktikal" tidak dikenal pasti pada November lalu yang bertujuan untuk membina pertahanan negara yang kukuh.
Ujian senjata tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif Kim untuk mengubah kekuatan tentera konvensional yang terdiri daripada 1.3 juta tentera kepada senjata canggih berteknologi tinggi.
Topic Berkaitan
#Kim Jong Un
#Korea
#Korea Utara
#senjata
#taktikal
#tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan