BANK Dunia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan sokongan Kesatuan Eropah pada Selasa mengeluarkan laporan yang menganggarkan kerosakan infrastruktur penting di Gaza kira-kira AS$18.5 bilion.
Menurut laporan The Interim Damage Assessment, kos kerosakan adalah bersamaan dengan 97 peratus daripada gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Tebing Barat dan Gaza pada tahun 2022.
Laporan itu menggunakan sumber pengumpulan data jarak jauh untuk mengukur kerosakan kepada infrastruktur fizikal dalam sektor-sektor penting yang ditanggung antara Oktober 2023 dan akhir Januari 2024.
Laporan itu mendapati bahawa kerosakan kepada struktur menjejaskan setiap sektor ekonomi.
"Perumahan menyumbang 72 peratus daripada kos. Infrastruktur perkhidmatan awam seperti air, kesihatan dan pendidikan menyumbang 19 peratus manakala kerosakan kepada bangunan komersial dan perindustrian menyumbang 9 peratus," menurut laporan itu yang boleh diakses melalui laman sesawang Bank Dunia.
Bagi beberapa sektor, kadar kerosakan dilihat semakin menurun kerana terdapat aset yang tidak rosak.
Kira-kira 26 juta tan serpihan dan runtuhan telah ditinggalkan berikutan kemusnahan - jumlah yang dianggarkan akan mengambil masa bertahun-tahun untuk dibersihkan.
Laporan itu juga mengkaji impak konflik kepada penduduk Gaza.
"Lebih separuh populasi Gaza berada di ambang kebuluran dan seluruh populasi mengalami kekurangan makanan yang teruk dan kekurangan zat makanan.
"Lebih sejuta penduduk tidak mempunyai rumah manakala 75 peratus daripada populasi wilayah itu kehilangan tempat tinggal," katanya.
Laporan itu berkata kesan yang teruk dan berkekalan terhadap kesihatan fizikal dan mental telah menjejaskan wanita, kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya. Kanak-kanak pula dijangka menerima kesan sepanjang hayat terhadap perkembangan mereka.
"Dengan 84 peratus kemudahan kesihatan rosak atau musnah serta bekalan elektrik dan air yang tidak dapat menampung keperluan fasiliti yang tinggal, penduduk mempunyai akses minimum kepada penjagaan kesihatan, perubatan atau rawatan yang menyelamatkan nyawa.
"Sistem air dan sanitasi hampir musnah, hanya menyediakan kurang lima peratus daripada kapasiti sebelum ini dengan penduduk bergantung kepada bekalan air yang terhad untuk meneruskan kelangsungan hidup.
"Sistem pendidikan telah lumpuh dengan 100 peratus kanak-kanak tidak bersekolah," menurut laporan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 03 2024
Kos kerosakan adalah bersamaan dengan 97 peratus daripada gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Tebing Barat dan Gaza pada tahun 2022. - AP
Bekas pegawai PTG didakwa tipu status Tanah Rizab Melayu
Rosli Che Mohamed, 64, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman.
AWANI Ringkas: Menteri Besar Perlis beri keterangan kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki bunuh kekasih terlepas hukuman gantung, ganti jel 30 tahun
Seorang penyelenggara stor yang membunuh teman wanitanya dengan menjerut leher menggunakan kain tudung terselamat daripada tali gantung.
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.
Pencarum perlu upskill dan reskill untuk tingkatkan jumlah wang persaraan - Pakar
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Selasa. Antara lain, beliau menasihatkan agar pencarum tingkatkan juga literasi kewangan.
[TERKINI] SPRM sahkan MB Perlis diambil keterangan
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes melibatkan anak lelakinya.
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kes lelaki Israel: Kertas siasatan 10 suspek akan dirujuk AGC minggu ini
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
Kelas prasekolah akan diperluas di seluruh institusi pendidikan bawah KPM bagi memastikan isu keciciran murid dapat ditangani daripada awal.
Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia
Hanya 58 peratus pelajar di Malaysia didapati mahir membaca menjelang akhir Darjah 5.
Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, Bank Dunia di Washington
Amir Hamzah mengetuai delegasi Malaysia ke Washington, Amerika Syarikat bagi menghadiri Mesyuarat Musim Bunga IMF dan Kumpulan Bank Dunia.
Inflasi keseluruhan Malaysia dijangka pada 2.5 peratus tahun ini - Bank Dunia
Inflasi keseluruhan Malaysia dijangka menyederhana kepada sekitar 2.5 peratus pada 2024, mencerminkan keadaan kos dan permintaan yang stabil.
Bank Dunia kekal ramalan pertumbuhan Malaysia pada 4.3 peratus tahun ini
Permintaan domestik terus menjadi tulang belakang pertumbuhan, dan Malaysia turut bersedia meraih manfaat daripada pemulihan dalam pasaran eksport.
Bank Dunia gesa tindakan segera selamatkan nyawa penduduk Gaza di ambang kebuluran
Kebuluran kini diunjurkan dan akan berlaku di utara Gaza dan wilayah-wilayah lain serta dijangka berlaku dari pertengahan Mac 2024 hingga Mei 2024.
Prestasi kewangan selepas SC ditubuhkan amat membanggakan - Sultan Perak
Pencapaian skor 92 peratus dalam penilaian sektor kewangan komprehensif oleh MF dan Bank Dunia adalah pencapaian membanggakan untuk Malaysia.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
BNM, Bank Dunia umum inisiatif untuk sokong hasil positif alam semulajadi
Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank Dunia hari ini mengumumkan dua inisiatif utama untuk membolehkan sektor kewangan menyokong hasil positif semula jadi.
'Kecekapan berbahasa Inggeris penting kepada pelajar' - Pakar
Sanghi berkata, kecekapan berbahasa Inggeris mampu mempersiapkan golongan muda untuk menghadapi cabaran global.