awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 115,000 rakyat Syria kembali ke tanah air sejak kejatuhan rejim Assad - PBB

Bernama
Bernama
03/01/2025
10:00 MYT
Lebih 115,000 rakyat Syria kembali ke tanah air sejak kejatuhan rejim Assad - PBB
Perubahan ini berlaku selepas pejuang Hayat Tahrir al-Sham merampas bandar-bandar utama dalam serangan yang berlangsung kurang dari dua minggu. - Gambar/ Reuters
ISTANBUL: Lebih 115,000 rakyat Syria pulang ke tanah air sejak kejatuhan rejim Assad, menurut Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) pada Khamis.
Agensi Anadolu memaklumkan mereka telah kembali dari negara-negara termasuk Turkiye, Jordan, dan Lubnan sejak 8 Dis, kata UNHCR dalam satu kenyataan.
Maklumat ini diperoleh daripada kenyataan awam oleh negara tuan rumah, interaksi dengan perkhidmatan imigresen di dalam Syria dan pemantauan sempadan yang dijalankan oleh agensi dan rakan kongsinya.
Bashar Assad, pemimpin Syria selama hampir 25 tahun melarikan diri ke Rusia selepas digulingkan oleh kumpulan anti-rejim yang merampas ibu negara Damsyik pada 8 Dis, menamatkan pemerintahan Parti Baath yang berkuasa sejak 1963.
Perubahan ini berlaku selepas pejuang Hayat Tahrir al-Sham merampas bandar-bandar utama dalam serangan yang berlangsung kurang dari dua minggu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Syria
#Bashar al-Assad
#PBB
#pelarian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan