awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki berpakaian wanita 'serang' potret Mona Lisa dengan kek

Agensi
Agensi
30/05/2022
15:33 MYT
Lelaki berpakaian wanita 'serang' potret Mona Lisa dengan kek
Potret itu tidak terjejas, namun dapat dilihat dalam beberapa video dan gambar yang tular media sosial, krim icing putih mencemarkan kaca pelindungnya. - Twitter @lukeXC2002
PARIS: Seorang lelaki yang berpakaian seperti wanita tua berkerusi roda, ditahan selepas mencampakkan sepotong kek ke arah Mona Lisa, potret terkenal karya Leonardo da Vinci yang dipamerkan di Louvre.
Potret itu tidak terjejas, namun dapat dilihat dalam beberapa video dan gambar yang tular media sosial, krim icing putih mencemarkan kaca pelindungnya.
Individu itu dipercayai berjaya menghampiri lukisan itu dalam jarak yang dekat kerana lakonannya sebagai wanita kurang upaya.
"Orang ramai terkejut apabila seorang lelaki berkerusi roda (berpakaian) seperti seorang wanita tua, bangun dari kerusi roda, cuba memecahkan kaca pelindung sebelum membaling kek yang dibawanya.
“Selepas kira-kira 10 hingga 15 saat barulah pihak keselamatan datang dan membawa lelaki itu pergi," kata saksi kepada agensi berita PA.
"Ada orang yang memusnahkan bumi. Fikirkanlah. Artis memberitahu anda, fikirkan bumi. Itulah sebabnya saya melakukan ini," kata lelaki itu semasa dibawa keluar anggota keselamatan.
Pejabat pendakwa raya Paris pada Isnin mengesahkan lelaki berusia 36 tahun berkenaan telah ditahan dan dibawa ke unit psikiatri, dan memaklumkan siasatan telah dimulakan.
Lukisan era Renaissance itu dipasang dengan pelindung kaca selepas satu serangan asid pada 1950an.
Maybe this is just nuts to mebut an man dressed as an old lady jumps out of a wheel chair and attempted to smash the bullet proof glass of the Mona Lisa. Then proceeds to smear cake on the glass, and throws roses everywhere all before being tackled by security. ??? pic.twitter.com/OFXdx9eWcM
— Lukeee (@lukeXC2002) May 29, 2022
Topic Berkaitan
#Mona Lisa
#Paris
#media sosial
#potret
#lukisan
#Leonardo Da VincI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan