awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima penghantar dadah terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Thailand

Bernama
Bernama
25/11/2018
22:17 MYT
Lima penghantar dadah terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Thailand
Lima 'keldai' dadah maut selepas terlibat dalam pertempuran dengan anggota tentera Thailand ketika mereka cuba menyeludup dadah di daerah Mae Sai, wilayah Chiang Rai di utara Thailand lewat malam Sabtu. --fotoBERNAMA
Lima penghantar dadah terbunuh dalam kejadian berbalas tembak dengan sepasukan tentera Thailand yang meronda di banjaran gunung Nangnon di daerah Mae Sai, Wilayah Chiang Rai, kira-kira 700 meter dari sempadan Thailand-Myanmar.
Pertempuran selama 15 minit itu berlaku lewat malam Sabtu apabila pasukan tentera mengesan tujuh lelaki membawa karung berisi dadah di hutan berkenaan, kata Rejimen Cavalry Kedua, Pasukan Phanmuang.
"Anggota tentera pergi semula (pada Ahad pagi) ke tempat berlakunya pertempuran dan menemukan lima mayat pembawa dadah berkenaan bersama-sama kira-kira 1 juta tablet "Yaba" (Syabu)," katanya serta menjelaskan setiap lelaki yang terbunuh itu membawa karung berisi 200,000 tablet.
Pihak berkuasa belum mengenal pasti identiti dan kerakyatan mereka yang terbunuh itu, walaupun terdapat spekulasi lelaki terbabit adalah daripada suku kaum yang tinggal di wilayah pergunungan di sepanjang kawasan sempadan.
Tiada anggota tentera cedera dalam pertempuran itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Chiang Rai
#Dadah
#identiti
#jenayah
#Keldai dadah
#mayat
#Myanmar
#pertempuran
#sempadan
#sindiket
#Syabu
#tentera
#Terbunuh
#Thailand
#yaba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan