Kepimpinan kerajaan Mohamed Morsi menerima satu lagi tamparan selepas Mahkamah Agung Perlembagaan Mesir (SCC) memutuskan Majlis Syura yang merangka perlembagaan negara itu sebagai tidak sah.

Ia dianggap keputusan bersejarah kerana Dewan Tinggi Parlimen yang diberikan hak perundangan tahun lalu selepas Parlimen dibubar hilang kuasa.

SCC juga memutuskan anggota panel perlembagaan sebagai tidak sah.

Dalam hujahnya, ia menegaskan Dewan Tinggi Parlimen tidak boleh dibubar sehingga pemilihan Dewan Rakyat dibuat pada hujung tahun ini atau awal 2014.

Mahkamah Agung sudah mengeluarkan perintah bersejarah yang menyebut bahawa Majlis Syura telah dipilih secara tidak sah. Ia juga membuat keputusan bahawa Majlis Perlembagaan dipilih secara tidak sah. Sekarang Presiden terpaksa membubarkan Majlis Syura.

Perkembangan itu dijangka akan memberi kesan serius kepada kelompok Ikhwanul Muslimin yang menunjangi kepimpinan Morsi.

Ia sekaligus memburukkan lagi ketidak tentuan politik Mesir.

Jun lalu, mahkamah sama membuat keputusan artikel yang memperuntukkan undang-undang perlantikan Dewan Rakyat sebagai tidak sah mengikut perlembagaan baru.