BANGKOK: Majoriti rakyat Thailand yang mengikuti satu kaji selidik menyatakan kebimbangan mereka mengenai kesan ganja dikeluarkan dari senarai narkotik, lapor Bangkok Post.
Satu kaji selidik telah dijalankan oleh Universiti Suan Dusit Rajabhat, Bangkok pada 20 hingga 23 Jun ke atas 2,390 orang dari seluruh negara.
Kaji selidik dalam talian itu dibuat untuk mendapatkan pandangan mereka tentang laporan berita berhubung kesan buruk penggunaan marijuana secara rekreasi setelah ia dikeluarkan dari senarai narkotik pada 9 Jun lalu.
Ditanya sama ada mereka bimbang pada laporan itu, 70.63% menjawab “ya”; dengan 37.78% "agak bimbang"; dan 32.85% lagi "sangat bimbang". Hanya 16.27% menjawab "sedikit bimbang" manakala 13.10% "tidak bimbang langsung".
Apabila ditanya mengenai kebaikan dan keburukan marijuana dikeluarkan dari senaai narkotik, 52.76% berkata akan ada lebih keburukan dari kebaikan; 30,17% berkata kedua-duanya seimbang; dan 17.07% berkata lebih kebaikan berbanding keburukan.
BACA: PM Thailand keluarkan larangan penggunaan ganja bagi tentera
Dalam soalan pilihan jawapan berbilang, mengenai kebaikannya, 74.96% berkata ganja boleh digunakan untuk tujuan perubatan; 46.46% menjawab tumbuhan itu memberi nilai ekonomi tambahan; manakala 45.38% berkata ia boleh mengurangkan kos sesetengah rawatan.
Ditanya apakah yang membuatkan mereka khuatir tentang pelonggaran undang-undang berkaitan ganja, 84.58% menjawab orang ramai masih kekurangan pengetahuan untuk penggunaan yang betul; 82.16% menjawab ganja akan mudah diakses kanak-kanak dan remaja yang sekadar mahu mencuba; dan 73.73% berkata masih tiada garis panduan praktikal yang jelas atau undang-undang tentang penggunaannya.
Berkait cadangan bagaimana peraturan yang sepatutnya dilakukan, 88.38% berkata remaja tidak boleh dibenarkan mencubanya dan semua institut pendidikan perlu bebas ganja; 82.26% berkata perlu diberikan amaran yang menentang penggunaannya terutama dalam makanan; dan 81.67% berkata pengiklanan produk berasaskan ganja perlu disekat.
Adakah pengeluaran ganja dari senarai narkotik ada kaitan dengan politik?
Bagi soalan itu, 60.54% menjawab “ya, semestinya”; 27.99% menjawab "ya, mungkin”; 9.53% menjawab "tidak mungkin"; dan 1.94% menjawab "pastinya tidak".
Agensi
Sun Jun 26 2022
Adakah pengeluaran ganja dari senarai narkotik ada kaitan dengan politik? Bagi soalan itu, 60.54% menjawab "ya, semestinya". - Gambar hiasan
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
348 ditahan atas pelbagai kesalahan dadah
Polis menahan 348 individu termasuk 11 wanita dalam Ops Hawk yang dijalankan di seluruh negeri ini selama tiga hari bemula Selasa.
Sindiket beli ganja 100kg seminggu dari Thailand tumpas
Sindiket itu membuat pesanan ganja yang diseludup masuk ke negara ini dari Thailand dengan menggunakan perkhidmatan kurier.
Polis Perlis berjaya rampas 56kg ganja mampat bernilai RM173,600
Semasa pemantauan dilakukan, terdapat individu tertentu sedang membawa masuk suatu bungkusan ke dalam kereta di mana dipercayai baharu sahaja dibaling dari arah negara jiran itu.
Enam termasuk suami isteri, tiga anak ditahan bersama ganja bernilai RM432,614
Polis menahan enam individu termasuk sepasang suami isteri bersama tiga anak mereka dan merampas 139.5 kilogram (kg) ganja bernilai RM432,614 dalam serbuan di sebuah rumah di Bayan Lepas.
Polis tumpas sindiket pengedaran dadah, tahan empat suspek termasuk suami isteri
Empat rakyat tempatan termasuk pasangan suami isteri yang merupakan ahli sindiket pengedaran dadah, ditahan bersama 21 kilogram (kg) ganja bernilai RM66,000 dalam tiga serbuan di sekitar Georgetown.
Kastam rampas enam guni ganja bernilai RM420,000 dicampak ke laut
Dadah itu dipercayai diseludup dari negara jiran dan dibawa masuk secara haram melalui jalan laut dengan menggunakan bot nelayan.
Cuba lari sekatan, penunggang motosikal positif ganja
Seorang penunggang motosikal yang cuba melarikan diri ketika sekatan jalan raya di susur masuk Jambatan Pulau Pinang malam tadi, didapati positif dadah jenis ganja.
Wanita ditahan bersama 6.2kg ganja dalam guni
Seorang wanita yang merupakan penganggur ditahan oleh anggota BSJND IPD Temerloh pada jam 3.15 petang.
Polis tahan 10 lelaki tempatan terlibat sindiket dadah
Menurut DSP Norhisham, polis menahan 10 lelaki lelaki warga tempatan dan merampas pelbagai jenis dadah.
Thailand cadang haram ganja untuk kegunaan rekreasi
Kerajaan baharu Thailand berikrar untuk mengetatkan peraturan penggunaan ganja dan hanya membenarkan untuk tujuan perubatan sahaja.