KUALA LUMPUR: Masyarakat Islam Selatan Thailand mengadakan solat hajat bagi memohon agar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diberi kesembuhan.
Solat hajat untuk kesejahteraan Dr Mahathir itu dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla dan Persatuan Imam Thepa.
"Hari ini, jawatankuasa Persatuan Imam Thepha mengadakan solat hajat dan mendoakan bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad kerana sakitnya. (Beliau) Kini dirawat di hospital Kuala Lumpur," kongsi Persatuan Imam Thepa di Facebook.
Dr Mahathir dilaporkan berada di Rawatan Rapi Koronari, Institut Jantung Negar (IJN) dan berada di bawah pemantauan rapat oleh pakar perubatan di situ.
Terdahulu, Datin Paduka Marina Mahathir memaklumkan bapanya sudah berinteraksi dengan ahli keluarga selepas tiga hari berada di IJN.
Marina juga berharap orang ramai tidak mengendahkan khabar angin yang disebarkan oleh sumber-sumber yang tidak sahih mengenai keadaan Dr Mahathir.
Katanya, IJN dan keluarga Dr Mahathir akan mengeluarkan kenyataan dari semasa ke semasa mengenai perkembangan rawatan bekas Perdana Menteri itu.
Sebelum ini, beliau dimasukkan ke IJN bagi menjalani prosedur perubatan elektif pada Jan 7 lalu sebelum dibenarkan pulang pada 13 Januari.
Astro Awani
Sun Jan 23 2022
Jawatankuasa Persatuan Imam Thepha mengadakan solat hajat dan mendoakan bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad kerana sakitnya. - Gambar FB
Johor kenal pasti 120 'hotspot' banjir, PBT diminta atasi segera
Kerajaan Johor mengenal pasti sebanyak 120 lokasi panas yang kerap berlakunya banjir di seluruh negeri ini.
Program Madani Rakyat: Pemuda gigih hasilkan mural 'perpaduan' dalam tempoh tiga hari
Lukisan mural hasil tangan seorang artis grafiti Abdul Qoyyum Mohd disiapkan dalam tempoh tiga hari bermula Jumaat.
Perak setuju bekal air kepada Pulau Pinang - PM Anwar
Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai.
Operasi LRA Sungai Linggi dihentikan, air berbau minyak
Operasi di Loji Rawatan Air Sungai Linggi Port Dickson terpaksa ditutup sementara berikutan terdapat masalah kualiti air mentah susulan terdapat bau minyak yang tinggi.
Tambah ahli Bersatu hadapi PRN Sabah - Muhyiddin
Parti Bersatu Sabah diminta untuk memperkukuhkan parti dengan menambah keahlian bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) nanti.
TH lakukan persiapan akhir, sedia sambut ketibaan jemaah haji
Berbaki empat hari lagi untuk penerbangan pertama jemaah Malaysia, petugas Tabung Haji (TH) semakin giat melakukan persiapan akhir.
32 lagi rakyat Palestin terbunuh
Sekurang-kurangnya 32 rakyat Palestin terbunuh, manakala 41 lagi cedera dalam tempoh 24 jam lalu ketika Israel meneruskan serangan ke atas Semenanjung Gaza yang dikepung.
Sahabat sungai guna puisi tingkat kesedaran mengenai kebersihan sungai
Sahabat Sungai Malaysia menggunakan medium puisi untuk meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan sungai.
Inovasi Lemang Cikgu siap dalam tempoh sejam setengah
Pengusaha Lemang Cikgu, perkenal inovasi memasak dengan menggunakan peralatan, yang membolehkan lemang siap dalam tempoh sejam setengan sahaja.
Penunjuk perasaan dihentikan basikal polis Michigan
Penunjuk perasaan di luar Muzium Seni Universiti Michigan ditolak anggota polis menggunakan basikal mereka pada Jumaat malam.
El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.
Masjid seliaan JAKIM, JAWI anjur solat hajat untuk Palestin esok
Masjid di bawah seliaan JAKIM akan mengadakan solat sunat hajat bagi mendoakan kesejahteraan umat Islam di Palestin, esok.
Kelantan adakan solat hajat atas Jambatan Tendong
Lebih 500 jemaah menyertai solat hajat di Jambatan Tendong di Tumpat bagi usaha mengelakkan lebih banyak kes terjun jambatan berkenaan.
1,000 sertai Majlis Qiamullail Tahun Baharu
Majlis qiamullail berjemaah kira-kira 4.30 pagi itu dimulakan dengan solat sunat tahajud, solat sunat taubat dan solat hajat.
Umat Islam tunai solat hajat, doakan kesejahteraan negara, rakyat
Ribuan jemaah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin menunaikan solat hajat bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan negara khususnya daripada ditimpa banjir.
Banjir: Solat hajat di masjid seliaan Jakim malam ini
Solat hajat di Masjid Negara di Kuala Lumpur serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya akan dimulakan malam ini.
Banjir: Masjid, surau diminta adakan solat hajat
Agensi-agensi dan seluruh jentera jabatan juga diarah turun padang membantu mangsa-mangsa banjir menerusi tabung bantuan sedia ada.
Masjid, surau di Johor adakan solat hajat buat rakyat Palestin
Semua masjid dan surau di negeri ini diarah mengadakan solat hajat dan membaca Qunut Nazilah untuk keselamatan serta perlindungan buat umat Islam di Palestin.
Masjid di Perak adakan solat hajat untuk Palestin selepas solat Jumaat
Masjid di seluruh negeri Perak akan mengadakan solat sunat hajat selepas solat Jumaat esok bagi mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Isu Palestin: JAIS seru masjid, surau anjur solat hajat, Qunut Nazilah
Ia bagi mengharapkan bantuan Allah agar rakyat Palestin diberi kekuatan dan keyakinan untuk terus mempertahankan kedaulatan Baitulmuqaddis.