awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mengapa Putera Philip tidak bawa gelaran 'Raja'?

Agensi
Agensi
04/05/2017
12:50 MYT
Mengapa Putera Philip tidak bawa gelaran 'Raja'?
PUTERA PHILIP membuat pengumuman akan bersara secara kekal daripada tugas-tugas kerajaan dan tidak akan lagi terlibat dari menghadiri upacara awam bermula pada musim luruh ini.
PUTERA PHILIP membuat pengumuman akan bersara secara kekal daripada tugas-tugas rasmi dan tidak akan lagi terlibat dari menghadiri upacara awam bermula pada musim luruh ini.
Ketika pengumuman tersebut mencetus pelbagai spekulasi, ada juga yang bertanya mengapa Duke of Edinburgh ini mendapat gelaran Putera dan bukan Raja sedangkan isteri baginda adalah seorang Ratu.
Menurut portal Metro.co.uk, undang-undang Inggeris mempunyai jawapan bagi soalan tersebut – isteri biasanya akan mengambil nama dan pangkat suaminya selepas berkahwin.
Begitu juga dengan keluarga Diraja Britain, iaitu isteri yang tidak mempunyai gelaran kebiasaannya akan mengambil gelaran suami secara sah.
Sebagai contoh, apabila Kate Middleton berkahwin The Duke of Cambridge, iaitu Putera William, beliau dikenali sebagai The Duchess of Cambridge.
Jika Putera William tidak diberikan gelaran 'Duke' untuk perkahwinannya, Kate akan membawa gelaran 'Princess William of Wales'.
Walau bagaimanapun, perkara itu adalah berbeza apabila wanita dari keturunan diraja berkahwin.
Jika gelaran isteri adalah lebih tinggi daripada suaminya sebelum berkahwin, gelaran itu akan dikekalkan buat isteri.
Sebelum baginda Ratu Elizabeth II menaiki takhta, semua Ratu memegang gelaran Duchess of Edinburgh, yang merupakan gelaran yang diwarisi daripada suami.
Walau bagaimanapun, gelaran Ratu (Queen) merupakan pangkat yang lebih tinggi daripada Duchess, maka baginda Ratu tidak akan menggunakan gelaran itu, manakala gelaran Duke of Edinburgh yang dianugerahkan kepada suaminya dikekalkan tanpa ada perubahan.
Topic Berkaitan
#Putera Philip
#ratu elizabeth 11
#undang-undang
#gelaran raja
#keluarga diraja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan