awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas kedua, jet pejuang Amerika Syarikat terhempas di Laut Merah

Bernama
Bernama
07/05/2025
08:00 MYT
Nahas kedua, jet pejuang Amerika Syarikat terhempas di Laut Merah
Ini merupakan insiden kedua melibatkan kehilangan pesawat pejuang F/A-18 dari kapal pengangkut pesawat USS Harry S. Truman dalam tempoh lebih seminggu. - Gambar fail/ Reuters
WASHINGTON: Sebuah jet pejuang Tentera Laut Amerika Syarikat terhempas di Laut Merah ketika cuba mendarat di atas kapal pengangkut pesawat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik laporan media AS.

Ringkasan AI
  • Sebuah jet pejuang Tentera Laut Amerika Syarikat terhempas di Laut Merah ketika cuba mendarat di atas kapal pengangkut pesawat USS Harry S. Truman. Juruterbang dan pegawai sistem persenjataan berjaya melentingkan diri dan diselamatkan dengan kecederaan ringan.
  • Ini merupakan insiden kedua melibatkan kehilangan pesawat pejuang F/A-18 dari kapal pengangkut pesawat USS Harry S. Truman dalam tempoh lebih seminggu. Sebelum ini, sebuah jet pejuang F/A-18E Super Hornet tergelincir dari kapal induk yang sama.
  • USS Harry S. Truman dikerahkan ke Laut Merah sebagai sebahagian daripada operasi Amerika Syarikat berkaitan kumpulan Houthi di Yaman. Pesawat yang terhempas masih belum ditemukan dan tiada anggota di dek penerbangan yang cedera.

Menurut stesen penyiaran CNN, juruterbang dan seorang pegawai sistem persenjataan sempat melentingkan diri dari pesawat dan diselamatkan dari laut dengan hanya mengalami kecederaan ringan.
Pesawat berkenaan masih belum ditemukan.
Seorang pegawai pertahanan Amerika mengesahkan kejadian itu kepada Business Insider, sambil memaklumkan bahawa tiada anggota di dek penerbangan yang cedera.
Insiden ini merupakan "kehilangan" kedua pesawat pejuang F/A-18 -- yang dianggarkan bernilai lebih US$60 juta sebuah -- dari kapal pengangkut pesawat USS Harry S. Truman dalam tempoh lebih seminggu.
Dalam kejadian sebelum ini, sebuah jet pejuang Jet F/A-18E Super Hornet dilaporkan 'hilang' di Laut Merah selepas tergelincir dari kapal induk USS Harry S Truman.
USS Harry S. Truman dikerahkan ke Laut Merah sebagai sebahagian daripada operasi Amerika Syarikat berkaitan kumpulan Houthi di Yaman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jet pejuang
#Amerika Syarikat
#pesawat terhempas
#Laut Merah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami