Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern mengadakan pertemuan dengan komuniti Islam di sini sebaik tiba ke kota berkenaan tengah hari Sabtu waktu tempatan, lapor NZ Herald.

Dalam pertemuan berkenaan, Ardern mendengar kegusaran mereka berhubung isu rumah ibadah di bandar berkenaan yang ketika ini ditutup sementara.

Ia susulan kejadian serangan pengganas dalam dua kejadian di masjid di Christchurch bandar itu

BACA: Tragedi solat Jumaat Christchurch: Orang ramai dinasihat hindari kawasan masjid

Ardern turut memberi pengesahan bahawa kos pengebumian akan ditanggung sementara keluarga yang kehilangan mata pencarian akibat serangan berkenaan turut akan dibantu.

Ketika ini, jelas Ardern, pihak berkuasa tempatan sedang mencari alternatif serta lokasi selamat bagi komuniti Muslim berkumpul dan beribadah.

BACA: 'Benci yang melampau' - Wardina terkesan tragedi solat Jumaat di Christchurch

Pada masa sama, Ardern menyampaikan mesej kasih dan sokongan seluruh warga New Zealand kepada komuniti Islam di negara berkenaan.

"New Zealand bersatu dalam meratapi kesedihan. Saya ucapkan mesej sayang dan sokongan daripada keseluruhan New Zealand kepada anda," katanya kepada komuniti Muslim di Christchurch.

BACA: 'Alhamdulillah, Allah selamatkan kami' - Pasukan kriket Bangladesh