JAKARTA: Ketua Pengarah Hak Asasi Manusia Kementerian Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Dhahana Putra berkata, pengendalian pelarian Rohingya di Indonesia perlu mengutamakan aspek kemanusiaan di samping mengambil kira kepentingan masyarakat setempat.
"Menyaksikan penentangan terhadap pelarian Rohingya maka perlu untuk meningkatkan komunikasi dengan IOM (Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi), UNHCR (Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) dan negara jiran bagi mengelak timbulnya isu berbangkit dalam masyarakat tempatan khususnya di Aceh," kata Putra dalam kenyataan pada Sabtu, lapor ANTARA.
Beliau berkata kerajaan Indonesia belum meratifikasi Konvensyen Geneva 1951 mengenai pelarian. Justeru, atas dasar kemanusiaan, Indonesia masih menempatkan pelarian Rohingya buat sementara waktu berdasarkan prinsip non-refoulement yang diiktiraf sebagai undang-undang antarabangsa adat.
"Prinsip non-refoulement melarang negara daripada menghantar pulang atau mengusir pelarian ke negara asal atau negara lain yang berpotensi menganiaya atau menyeksa mereka," kata Putra.
Justeru, beliau menegaskan pelarian Rohingya hanya akan tinggal sementara di Aceh.
"Mereka akan berada di sini (di Indonesia) buat sementara waktu sehingga UNHCR menentukan status mereka sebagai pelarian dan akan ditempatkan di negara ketiga atau negara yang menerima pelarian Rohingya," katanya.
Sepanjang berada di Indonesia, mereka wajib mematuhi undang-undang, peraturan dan nilai-nilai tempatan untuk mengelakkan masalah sosial yang boleh menimbulkan gangguan.
"Kami berharap semua pihak dapat mengelak daripada melakukan sebarang tindakan provokasi yang boleh memburukkan lagi keadaan dalam mengendalikan pelarian berkenaan," katanya.
Sementara itu, kekerasan terhadap pelarian Rohingya telah menjadi tumpuan antarabangsa. Beberapa organisasi media antarabangsa telah melaporkan kejadian di Balee Meuseuraya Aceh.
"Kami berharap perkara sebegini tidak berulang pada masa hadapan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 30 2023
Indonesia masih menempatkan pelarian Rohingya buat sementara waktu berdasarkan prinsip non-refoulement yang diiktiraf sebagai undang-undang antarabangsa adat. - AP
Letupan bom Sungai Golok: Empat anggota keselamatan Thailand cedera
Empat anggota keselamatan Thailand cedera apabila terkena letupan bom di Sungai Golok, Thailand, malam tadi.
Berang tidak bantu angkat tong gas, penghantar barang dibelasah, motosikal dirosakkan
Suspek menyerang mangsa dengan topi keledar sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di dahi.
Arahan tutup pasar malam waktu Maghrib tidak babitkan peniaga bukan Islam
Arahan penutupan sementara hanya membabitkan peniaga Islam bagaimanapun turut menggalakkan peniaga bukan Islam sekiranya mahu berbuat demikian.
Pelan Tindakan Pendidikan dan Penghayatan Rukun Negara dilancar Ogos ini - Aaron
Ia melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Dua beranak melecur disimbah petrol, dibakar di Cheras
Dua beranak melecur selepas dua lelaki warga asing menyimbah petrol dan membakar mereka di padang permainan, Kampung Baru Cheras, di sini, Sabtu lalu.
Lebih ramai Rohingya lari ke Bangladesh susulan pertempuran etnik di Myanmar
Ramai telah menyeberang ke kem pelarian Rohingya di tenggara Cox's Bazar yang menempatkan kira-kira 1.2 juta komuniti Islam dari Myanmar.
Tahanan lolos di Bidor: Seorang maut kemalangan, tiga lagi diberkas
Kejadian berlaku di Kilometer 332.5, berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah.
Dua lelaki Rohingya lolos depot tahanan dicekup selepas solat Subuh
Curiga dengan keadaan mereka yang berpakaian lusuh, penduduk terus menahan dan menghubungi pihak polis.
Kem terbakar: 4,000 pelarian Rohingya ditinggalkan tanpa perlindungan
Kebakaran yang memusnahkan kompleks tempat perlindungan padat diperbuat daripada buluh berlaku di sebuah kem di tenggara Bangladesh.
UNHCR gesa tindakan segera selepas cubaan usir pelarian Rohingya di Banda Aceh
UNHCR menggesa pihak berkuasa tempatan supaya mengambil tindakan segera bagi memastikan etnik Rohingya dilindungi.
Polis, PGA gempur kawasan penempatan Rohingya
Operasi digerakkan selepas mengesan video tular mengenai keresahan penduduk terhadap kehadiran etnik tersebut pada 12 Dis lalu.
Empat beradik termasuk bayi ditemui terabai, ditinggal sendirian
Pegawai JKM telah membuat siasatan segera ke lokasi kejadian dan mendapati ibu bapa kanak-kanak tersebut merupakan warga Rohingya serta sebelum ini sering berpindah-randah.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia perlu batalkan lima reservasi dalam Konvensyen Hak Kanak-Kanak - Pesuruhjaya Suhakam
Malaysia perlu membatalkan kesemua lima reservasi yang masih terpakai terhadap Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC).