JAKARTA: Pendahulu calon Presiden Indonesia, Prabowo Subianto melebarkan kedudukannya ke atas dua lagi pesaingnya dalam tinjauan simulasi terbaharu, ketika mana negara demokrasi ketiga terbesar di dunia itu menuju pilihan rayan pada 14 Februari depan.
Berdasarkan tinjauan dijalankan Institut Kajian Indikator Politik Indonesia antara 10 dan 16 Januari lalu, 48.6 peratus pengundi menyokong gandingan Menteri Pertahanan itu serta calon naib presidennya, Gibran Rakabuming Raka, anak sulung presiden Joko Widodo.
Bilangan penyokongnya meningkat selepas sokongan tidak berubah pada sekitar 45.8 peratus dalam dua tinjauan sebelumnya oleh Indikator.
Prabowo melebarkan kedudukannya ke atas pesaingnya, juga bekas Gabenor Jakarta, Anies Baswedan dan bekas Gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo.
Sokongan untuk Anies susut kepada 24.2 peratus daripada 25.5 peratus dalam tinjauan sebelumnya pada 30 Disember hingga 6 Januari.
Manakala sokongan untuk Ganjar susut kepada 21.6 peratus daripada 23 peratus.
Tinjauan Lembaga Survei Indonesia (LSI) pula mendedahkan, berdasarkan tinjauan telefon dijalankan pada 10 dan 11 Januari lalu, Prabowo mendapat 47 peratus sokongan, meningkat daripada 45.6 peratus dalam tinjauan sebelumnya.
LSI menyatakan, sokongan untuk Anies turut meningkat sedikit kepada 23.2 peratus daripada 22.3 peratus.
Namun sokongan Ganjar merosot kepada 21.7 peratus daripada 23.8 peratus.
Kedua-dua Indikator dan LSI menjangkakan kemungkinan pilihan raya masih kekal untuk ke pusingan kedua, walaupun Prabowo terus mendahului.
Bagaimanapun, beliau dijangka masih belum boleh memperoleh undi yang diperlukan untuk menang pada pusingan pertama.
Jika tiada calon memperoleh undi lebih separuh daripada 205 juta pengundi layak, saingan seterusnya akan diadakan pada 26 Jun depan.
Astro Awani
Sun Jan 21 2024
Prabowo melebarkan kedudukannya ke atas pesaingnya, juga bekas Gabenor Jakarta, Anies Baswedan dan bekas Gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo. - Foto AP
Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Mohamed Fadzli berkata Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan.
Pilihan raya AS: Biden, Trump setuju dengan dua Debat Presiden
Joe Biden dan Donald Trump setuju mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya.
Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil
Sudirman mengubah pandangan masyarakat terhadap penggiat seni apabila menampilkan benchmark baharu - iaitu artis perlulah terpelajar.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
UPM hasilkan gel tenaga dari kurma untuk ahli sukan dan aktiviti lasak
Pasukan penyelidik menghasilkan formulasi gel tenaga baharu menggabungkan bahan-bahan berkhasiat atau superfood dalam satu paket kecil.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Piala Belia: Melaka FA, Sri Pahang FC berdamai
Pihak Persatuan Bola Sepak Melaka dan pengurus pasukan telah dipanggil polis dan sehingga kini, tiada sebarang laporan polis dibuat.
Pesawat Garuda Indonesia lakukan pendaratan cemas selepas enjin terbakar
Pesawat yang membawa 450 penumpang dan 18 anak kapal termasuk jemaah haji baru saja berlepas dari Makassar menuju Arab Saudi.
Pengguna iOS 17.5 dapati foto lama dipadam muncul kembali
Mereka terkejut melihat gambar yang telah bertahun dipadam, tiba-tiba muncul sebagai gambar yang baru dimuat naik ke iCloud.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pemilu 2024: Prabowo kukuh sebagai pendahulu dalam tinjauan pilihan raya
Prabowo Subianto melebarkan kedudukannya ke atas dua lagi pesaingnya dalam tinjauan simulasi terbaharu.
Debat calon naib presiden, Polis Jakarta kerah 2,000 anggota
Polis Metropolitan Jakarta mengerahkan kira-kira 2,000 anggota untuk memastikan keselamatan ketika berlangsungnya debat calon naib presiden menjelang Pilihan Raya Umum (PEMILU) 2024.
Pemilu 2024: Megawati ancam pecat anggota buat gerakan politik
Megawati Soekarnoputri meminta semua barisan partinya tidak melakukan muslihat politik untuk pemilihan presiden 2024.