awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persidangan seterusnya dengan Kim Jong Un selepas pemilihan Kongres AS - Trump

Agensi
Agensi
10/10/2018
09:19 MYT
Persidangan seterusnya dengan Kim Jong Un selepas pemilihan Kongres AS - Trump
Trump yakin hasil rundingan dengan Jong Un sedang menuju perkembangan positif. - AP
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa berkata persidangan keduanya dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un akan dilangsungkan selepas pemilihan Kongres AS pada 6 November.
Bercakap kepada wartawan sewaktu dalam penerbangan ke Iowa bagi meghadiri kempen politik, Trump berkata: "Ia akan dilangsungkan selepas penggal pertengahan. Buat masa ini saya tidak boleh pergi."
Pada Selasa, Trump memberitahu wartawan bahawa satu perancangan sedang dilakukan untuk persidangannya dengan Jong Un, dan menyifatkan dialog bersama KOrea Utara setakat ini sudah menunjukkan perkembangan positif.
Tambah Trump, Setiausaha Negara AS Mike Pompeo telah membuat rundingan yang baik dengan Jong Un pada minggu lalu dan setakat ini tiga atau empat lokasi persidangan seterusnya sedang dalam pertimbangan.
Pompeo sependapat dengan komen Trump itu ketika bercakap pada wartawan semasa lawatan ke White House pada petang Selasa.
"Sementara masih banyak kerja untuk dilakukan, kita kini sudah dapat melihat cara untuk kita mencapai matlamat utama, iaitu proses nyahnuklear yang terakhir dan menyeluruh di Korea Utara," ujarnya.
Sidang kemuncak antara Trump dan Jong Un di Singapura pada 12 Jun lalu menjadi acara yang bersejarah dalam usaha membebaskan Semenanjung Korea daripada senjata nuklear.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Kim Jong Un
#kongres AS
#kora utara
#pemilihan
#pemimpin
#persidangan
#Presiden Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan