Seorang pesakit meninggal dunia dipercayai akibat penggunaan rokok elektronik, sekali gus menjadikannya kematian pertama di Amerika Syarikat yang dikaitkan dengan rokok alternatif itu.
Pegawai kesihatan di Jabatan Kesihatan Awam Illinois mengesahkan kematian mangsa yang disahkan menghidap sakit paru-paru kronik dipercayai akibat tabiatnya menghisap vape.
Ia bagaimanapun namun enggan mendedahkan nama, usia dan jantina mangsa, lapor CBS Chicago.
"Keseriusan penyakit yang dialami orang awam akibat vape adalah pada tahap membimbangkan dan kita perlu sedar penggunaan e-rokok adalah berbahaya pada kesihatan.
“Kami minta pasukan dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) untuk datang ke Illinois bagi membantu kami menyiasat kes ini,” kata Pengarah Jabatan Kesihatan Awam Illinois, Dr Ngozi Ezike.
Agensi itu berkata sekurang-kurangnya 22 orang berusia di antara 17 dan 38 tahun menghidap beberapa jenis penyakit pernafasan selepas menggunakan e-rokok, manakala 12 kes lain pula sedang disiasat.
Kes-kes penyakit pernafasan yang berkaitan dengan vape turut dilaporkan berlaku di Chicago dan Champaign.
Mereka yang terjejas mempunyai gejala termasuk batuk, sesak nafas, dan keletihan.
Ada di antara mereka juga mengalami muntah-muntah dan cirit-birit.
Sehingga Rabu, CDC melaporkan 153 kes sesak nafas berlaku di Amerika Syarikat.
Agensi
Sun Aug 25 2019
Seorang pesakit meninggal dunia dipercayai akibat penggunaan rokok elektronik, sekali gus menjadikannya kematian pertama di Amerika Syarikat yang dikaitkan dengan rokok alternatif itu.
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
PBB lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, di Gaza walaupun ditolak oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
AS siasat wabak E. coli berkaitan lobak merah organik
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) memberi amaran mengenai wabak E. coli baharu yang dikaitkan dengan lobak merah organik pada Ahad, lapor Xinhua.
Seorang maut, 49 lagi jatuh sakit di AS akibat jangkitan E.Coli
Semua individu ditemu bual melaporkan makan di McDonald's sebelum penyakit mereka bermula.
Ekspedisi Kilimanjaro CDC cerminkan semangat kemerdekaan dan perpaduan
Dipimpin oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Muzafar Kamal Shahaluddin, 17 kakitangan CDC akan mendaki Gunung Kilimanjaro dalam ekspedisi yang bermula pada 29 Ogos hingga 10 September.
Kempen 'Roots for the Future' capai agenda penghijauan, tanam 100 juta pokok menjelang 2025
Dalam usaha menangani cabaran global perubahan iklim, CDC ambil langkah majukan ekosistem mampan, sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2024.
Flu, jangkitan COVID-19 semakin meningkat di AS
Ketibaan pesakit yang didiagnosis sebagai COVID-19 ke jabatan kecemasan meningkat lebih daripada 10 peratus dalam minggu terkini berbanding minggu sebelumnya.
3 maut dalam pertempuran menjelang pilihan raya Liberia
"Mereka merosakkan harta benda, merompak gerai di pasar, membunuh tiga penduduk yang tidak bersalah."
100,000 maut di AS akibat ambil dos dadah berlebihan pada 2022
Tahun 2022 merekodkan kira-kira 109,680 orang maut akibat mengambil dos dadah yang berlebihan, menurut CDC pada Rabu.
CDC AS beri amaran jangkitan kulat Candida auris
Candida auris tahan terhadap pelbagai ubat, mudah merebak di kemudahan penjagaan kesihatan dan boleh menyebabkan jangkitan teruk.
Agensi kesihatan AS akui kesilapan dalam tindak balas terhadap pandemik COVID-19
Agensi kesihatan terkemuka Amerika pada Rabu mengumumkan ia merancang untuk membaik pulih sepenuhnya struktur dan operasinya berikutan kesilapan besar dalam mengendalikan respons pandemik COVID-19.
Cacar monyet: Texas umum kes pertama libatkan kanak-kanak
Daerah itu masih menunggu pengesahan akhir daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).