awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pewaris Samsung Jay Y. Lee bebas tuduhan rasuah

Astro Awani
Astro Awani
05/02/2018
11:07 MYT
Pewaris Samsung Jay Y. Lee bebas tuduhan rasuah
Mahkamah rendah menjatuhkan hukuman penjara Lee berikutan tuduhan memberi rasuah dan skandal politiknya yang membawa kepada pengunduran Presiden Park Geun-hye. - Foto REUTERS
Mahkamah Rayuan Korea Selatan hari ini membebaskan pewaris Samsung Group, Jay Y.Lee setelah setahun penahanan dan penjara lima tahun atas tuduhan memberikan rasuah kepada bekas presiden negara itu.
Lee dipenjarakan berikutan tuduhan memberi rasuah dan skandal politiknya yang membawa kepada pengunduran Presiden Park Geun-hye.
Beliau yang ditahan sejak Februari 2017 membuat rayuan terhadap keputusan dan hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah Rendah.
Sebelum ini, Lee didakwa memberi rasuah 43 bilion won (anggaran RM154 juta) kepada Presiden Park Geun-hye sebagai pertukaran sokongan kerajaan dalam proses perubahan struktur syarikat itu.
Park juga dituduh menyalah guna kuasa dan memeras ugut syarikat-syarikat gergasi untuk menyumbang dana kepada yayasan bukan berasaskan keuntungan.
Lee, 49 tahun merupakan pewaris kepada salah satu empayar korporat terbesar di dunia.
BACA: http://www.astroawani.com/berita-dunia/bekas-presiden-korea-selatan-didakwa-dalam-skandal-rasuah-139683
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#Mahkamah Rayuan
#Park Geun-Hye
#Presiden Park Geun-hye
#Samsung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan