awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Malaysia, Arab Saudi bakal meterai perjanjian kerjasama pertahanan
Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pihak berkuasa Peru tahan suspek kes bunuh 13 pelombong

Agensi
Agensi
16/05/2025
11:48 MYT
Pihak berkuasa Peru tahan suspek kes bunuh 13 pelombong
Penahanan Miguel Rodriguez yang dikenali sebagai Cuchillo atau Knife merupakan hasil risikan meluas serta koordinasi antara Polis Kebangsaan Peru dan Colombia serta Interpol. - Gambar Reuters
BOGOTA: Kementerian Dalam Negeri Peru pada Khamis memberitahu seorang suspek kes bunuh 13 pelombong di utara Pataz telah ditahan di Colombia.
Kementerian itu berkata, penahanan Miguel Rodriguez yang dikenali sebagai Cuchillo atau Knife merupakan hasil risikan meluas serta koordinasi antara Polis Kebangsaan Peru dan Colombia serta Polis Antarabangsa (INTERPOL).
Awal bulan Mei, pekerja di sebuah lombong emas di utara Peru telah diculik dan dibunuh oleh pelombong haram yang bersekutu dengan kumpulan jenayah.
Menurut pihak berkuasa dan sumber industri, kejadian ini berlaku ketika aktiviti keganasan menguasai kawasan tersebut sekali gus memaksa Kerajaan menubuhkan sebuah kemudahan ketenteraan di sana.
Dalam pada itu, peguam suspek, Kevin Diaz memberitahu stesen radio tempatan RPP bahawa anak guamnya berada di Venezuela selama beberapa hari sebelum kembali ke Colombia.
Sebelum ini, Rodriguez menafikan penglibatan dalam kes pembunuhan itu dalam satu temu bual dengan stesen televisyen tempatan.
Sementara itu, aktiviti perlombongan haram di Peru, terutama emas kini menjana lebih banyak wang berbanding perdagangan dadah, iaitu antara $3 bilion hingga $4 bilion setahun.
Topic Berkaitan
#Interpol
#Kementerian Dalam Negeri
#Venezuela
#lombong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan