awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahmad Zahid lancar buku Ijtihad Demi Rakyat
Polis tumpaskan aktiviti pelacuran warga Afrika di Bukit Bintang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Pakistan Imran khan digulingkan dalam undi tidak percaya

Astro Awani
Astro Awani
09/04/2022
23:40 MYT
PM Pakistan Imran khan digulingkan dalam undi tidak percaya
Imran yang tidak hadir pada persidangan itu hilang majoriti di 342 kerusi susulan tindakan membelot rakan pakatan dan ahli partinya sendiri. -Gambar fail/Reuters
ISLAMABAD: Pembangkang Pakistan menggulingkan perdana menteri negara itu dalam undi tidak percaya selepas beberapa sekutu Imran Khan dan parti gabungan utama meninggalkannya.
Gabungan pembangkang yang merangkumi spektrum politik dari haluan kiri dan radikal agama akan membentuk kerajaan baharu, dengan ketua salah satu parti terbesar, Liga Muslim Pakistan mengambil alih sebagai perdana menteri.
Bagaimanapun, tiada undian untuk memilih perdana menteri baharu, walaupun pemimpin Liga Muslim Pakistan-N (PML-N), Shehbaz Sharif dilaporkan sebagai calon paling layak.
Imran yang tidak hadir pada persidangan itu hilang majoriti di 342 kerusi susulan tindakan membelot rakan pakatan dan ahli partinya sendiri.
Pembangkang hanya memerlukan 172 undi untuk memecat beliau.
Imran sebelum ini menyatakan menerima keputusan mahkamah agung yang mengarahkan undi tidak percaya, namun menegaskan beliau menjadi mangsa konspirasi 'perubahan rejim' yang membabitkan Amerika Syarikat.
Bekas bintang kriket antarabangsa itu berkata, beliau tidak akan bekerjasama dengan mana-mana pentadbiran yang akan datang dan mengajak penyokongnya untuk turun ke jalanan bagi protes.
Mahkamah agung Khamis lalu memutuskan bahawa Imran bertindak secara tidak sah membubarkan Parlimen dan ingin mengadakan pilihan raya baharu selepas timbalan speaker enggan membenarkan undi tidak percaya sebelum ini kerana 'campur tangan asing'.
Topic Berkaitan
#Imran Khan
#Shehbaz Sharif
#Liga Muslim Pakistan
#perdana menteri pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan