awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Pakistan, selebriti beri penghormatan terakhir buat Lata Mangeshkar

Bernama
Bernama
07/02/2022
06:01 MYT
PM Pakistan, selebriti beri penghormatan terakhir buat Lata Mangeshkar
Penyanyi berusia 92 tahun itu meninggal dunia pada pagi Ahad di hospital Mumbai selepas dijangkiti COVID-19 pada bulan lalu. - Foto REUTERS
NEW DELHI: Perdana Menteri Pakistan Imran Khan, ahli politik dan selebriti memberi penghormatan terakhir kepada penyanyi latar Bollywood Lata Mangeshkar, membuktikan dirinya menjadi pujaan pencinta muzik Asia Selatan.
"Dengan kematian Lata Mangeshkar, benua kecil itu telah kehilangan seorang penyanyi terkenal dunia yang benar-benar hebat. Mendengar lagu-lagunya telah memberikan keseronokan kepada ramai orang di seluruh dunia," kata Imran dalam catatan media sosial.
"Tiada lagi legenda Lata Mangeshkar, ratu bersuara merdu yang menguasai dunia muzik selama beberapa dekad," kata Menteri Penerangan Fawad Chaudhry.
"Mereka sezaman saya, membesar dengan mendengar lagu-lagu beliau dan akan terus kekal dalam ingatan kami," kata ketua pembangkang Shehbaz Sharif, 70, dalam ucapannya.
BACA: Shah Rukh Khan, Modi antara yang hadir pengebumian Lata Mangeshkar
BACA: India berduka kehilangan 'Ratu Melodi' Lata Mangeshkar
BACA: Lata Mangeshkar dikebumi malam ini dalam Istiadat Pengebumian Negara
Penyanyi berusia 92 tahun itu meninggal dunia pada pagi Ahad di hospital Mumbai selepas dijangkiti COVID-19 pada bulan lalu.
Mendiang telah merakam lagu untuk ratusan filem Bollywood, dengan lingua francanya "Hindustan" yang mudah difahami penutur bahasa Urdu dan Hindi.
Mageshkar dilahirkan di Indore di tengah India, pada 1929 dan sebuah muzium di situ akan memaparkan 7,600 koleksi gramofon (piring hitam) lagu nyanyiannya demi memelihara memori.
"Lata Mangeshkar mentakrifkan era nyanyian melodi, virtuoso, rakaman pawagam dan banyak lagi," kata ahli Senat Sherry Rehman, sambil tweet semula video lagu "Aaj Phir Jeene Ki Tamanna Hai" (Hari ini keinginan untuk hidup semula!) segerak suara diselaraskan oleh pelakon Waheeda Rehman dalam filem 1965 "Guide."
Pelawak dan pelakon Sohail Ahmed, lebih dikenali sebagai Azizi, memberitahu saluran televisyen Dunya Pakistan bahawa Mangeshkar benar-benar menyerlah dalam dunia nyanyian dan beliau tidak melihat sesiapa seperti mendiang yang boleh menggantikannya dalam dunia muzik.
Pemain kriket terkenal dan pengerusi Lembaga Kriket Pakistan Ramiz Raja menggelar Mangeshkar sebagai "lambang keanggunan, kerendahan hati dan kesederhanaan serta kehebatan."
Nama Mangeshkar begitu masyhur di kedua-dua negara sehingga tidak perlu diperkenalkan lagi.
Mangeshkar turut berduet dengan penyanyi lelaki terkenal Bollywood Mohammed Rafi, Kishore, dan Mukesh dan jika dibandingkan daripada sudut kualiti, tiada sebanding dengannya.
Meskipun Mangeshkar digambarkan sebagai "Ratu Melodi India", beliau sendiri merupakan peminat penyanyi legenda Pakistan Noor Jehan, yang digelar Malika-e-Tarannum (ratu melodi).
Ikon India itu juga mengagumi vokalis legenda kelahiran Pakistan Bade Ghulam Ali Khan dan penyanyi pujaan Mehdi Hassan, yang digelar sebagai "Raja Ghazal".
Upacara penghormatan terakhir Mangeshkar diadakan di Taman Shivaji Mumbai dengan penghormatan penuh negara pada petang Ahad.
Tetamu yang hadir termasuk Perdana Menteri India Narendra Modi, ketua menteri Maharashtra, Uddhav Thackeray, pemain kriket Sachin Tendulkar, dan selebriti Bollywood Ranbir Kapoor dan Shah Rukh Khan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lata Mangeshkar
#Shah Rukh Khan
#Imran Khan
#Bollywood
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan