awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARDI perkukuh hubungan dua hala dan perkasa usahawan agromakanan di Perak
Banjir: Pasangan Itali berjaya dikeluarkan dari Taman Negeri Endau Rompin
Warga emas maut dilanggar kereta terbabas laluan bertentangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Syria tandatangani deklarasi Perlembagaan, lancar rangka kerja peralihan lima tahun

Bernama
Bernama
13/03/2025
22:30 MYT
Presiden Syria tandatangani deklarasi Perlembagaan, lancar rangka kerja peralihan lima tahun
Presiden Ahmed Al-Sharaa telah menandatangani draf Perlembagaan selepas ia diserahkan oleh jawatankuasa pakar undang-undang Syria di Damsyik, Syria, pada Khamis.
ISTANBUL: Presiden Syria, Ahmed al-Sharaa telah menandatangani draf deklarasi Perlembagaan yang menetapkan rangka kerja bagi tempoh peralihan lima tahun untuk merombak struktur politik negara itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Sebuah jawatankuasa pakar yang ditugaskan merangka dokumen berkenaan membentangkannya kepada al-Sharaa pada Khamis, dengan menggariskan ketetapan utama bagi era pasca-Assad.
Deklarasi itu mengarahkan pembubaran Mahkamah Perlembagaan sedia ada, yang dilabel sebagai "sisa rejim terdahulu".
Sebagai gantinya, Presiden akan diberi kuasa untuk melantik Mahkamah Perlembagaan baharu yang akan berfungsi di bawah rangka kerja perundangan sedia ada sehingga sistem kehakiman baharu diwujudkan.
Jawatankuasa itu menekankan kepentingan kebebasan badan kehakiman dan peranan utama hakim dalam menegakkan kedaulatan undang-undang.
Ia turut menyatakan bahawa sebarang keputusan berhubung pemecatan, penyingkiran atau had kuasa presiden akan ditentukan oleh Badan Perundangan Syria, iaitu Parlimen negara itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Syria
#deklarasi Perlembagaan
#Presiden Ahmed al-Sharaa
#pembubaran Mahkamah Perlembagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan