awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KDN cekup hampir 55,000 warga asing salah guna pas sosial - Fahmi
Anwar arah pemantauan lebih ketat terhadap pegawai tertinggi kerajaan
Dakwaan serah tanah kepada Indonesia, tiada keperluan perjelas di Parlimen - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Syria umum gencatan senjata menyeluruh susulan keganasan di Suwayda

Astro Awani
Astro Awani
19/07/2025
10:00 MYT
Presiden Syria umum gencatan senjata menyeluruh susulan keganasan di Suwayda
Ahmed al-Sharaa mengumumkan gencatan senjata serta-merta di seluruh negara bagi menghentikan keganasan sektarian di Suwayda dan melindungi keselamatan rakyat. -Gambar fail/Reuters
DAMSYIK: Presiden Syria, Ahmed al-Sharaa, mengumumkan gencatan senjata serta-merta dan menyeluruh di seluruh negara pada Jumaat, susulan keganasan sektarian yang berlarutan selama beberapa hari di bandar Suwayda yang majoritinya didiami komuniti Druze.

Ringkasan AI
  • Presiden Syria, Ahmed al-Sharaa mengumumkan gencatan senjata serta-merta di seluruh negara bagi menghentikan keganasan sektarian di Suwayda dan melindungi keselamatan rakyat.
  • Gencatan senjata menyusuli pertempuran yang meragut lebih 260 nyawa dan serangan udara Israel ke atas bangunan kerajaan Syria, dengan tentera ditarik keluar dari Suwayda.
  • Kerajaan menyerahkan tanggungjawab keselamatan kepada pemimpin tempatan dan menegaskan perlindungan komuniti Druze serta menolak campur tangan asing.

Dalam kenyataan rasmi yang disiarkan oleh pejabat presiden, Ahmed al-Sharaa berkata keputusan itu dibuat berdasarkan keadaan kritikal yang sedang dihadapi negara, demi mengelakkan pertumpahan darah, memelihara perpaduan wilayah Syria, keselamatan rakyatnya, dan atas tanggungjawab nasional serta kemanusiaan.
Beliau menyeru semua pihak agar mematuhi sepenuhnya keputusan ini, menghentikan semua bentuk permusuhan di semua wilayah, melindungi orang awam, dan memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan tanpa halangan, lapor Al Jazeera.
Menurut Kementerian Dalam Negeri Syria, pasukan keselamatan telah mula dikerahkan ke beberapa kawasan termasuk Suwayda bagi menguatkuasakan gencatan senjata dan memulihkan ketenteraman awam.
Gencatan senjata ini diumumkan selepas lebih 260 orang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran antara kumpulan bersenjata Druze, puak Badwi, dan pasukan kerajaan sejak 13 Julai lalu.
Ketegangan turut meningkat susulan serangan udara Israel ke atas bangunan Kementerian Pertahanan Syria di Damsyik dan kawasan berhampiran istana presiden, yang didakwa bertujuan melindungi komuniti Druze.
Presiden Ahmed al-Sharaa turut menyatakan bahawa kerajaan telah mula menarik keluar tentera dari Suwayda dan menyerahkan tanggungjawab keselamatan kepada pemimpin tempatan dan kumpulan masyarakat sivil.
Beliau menegaskan bahawa perlindungan terhadap komuniti Druze adalah keutamaan negara dan menolak sebarang campur tangan asing yang boleh menggugat kestabilan Syria.
Topic Berkaitan
#gencatan senjata
#Syria
#Ahmed Al-Sharaa
#Suwayda
#Druze
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan