awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MAG akan kendali lebih 2,400 penerbangan sempena perayaan Tahun Baharu Cina
Bapa ditahan paksa anak curi Nescafe di Jempol
Dunia 'tidak selamat' susulan tindakan AS keluar dari WHO - Ketua Pengarah WHO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Australia berhimpun, gesa Scott Morrison ambil langkah tangani kebakaran hutan

Agensi
Agensi
10/01/2020
12:52 MYT
Rakyat Australia berhimpun, gesa Scott Morrison ambil langkah tangani kebakaran hutan
Ribuan rakyat Australia hadir berhimpun di bandar Sydney pada Jumaat bagi menuntut langkah seterusnya yang akan dilakukan Perdana Menteri Scott Morrison. - Foto REUTERS
RIBUAN rakyat Australia hadir berhimpun di bandar Sydney pada Jumaat bagi menuntut langkah seterusnya yang akan dilakukan Perdana Menteri Scott Morrison susulan krisis kebakaran hutan di negara itu.
Memetik laporan media tempatan, penunjuk perasaan berhimpun di luar Town Hall sebelum berarak sehingga menuju ke bangunan parlimen New South Wales.
Morrison sebelum ini dikritik atas tindakan yang dikatakan lambat dalam menangani krisis yang menyebab puluhan nyawa terbunuh.
Salah seorang penunjuk perasaan, AJ Tennant berpendapat kerajaan negara itu sepatutnya mengambil langkah sewajarnya untuk memadamkan kebakaran hutan.
“Kami berharap kerajaan akan mengambil keputusan untuk mengendalikan dengan lebih baik kebakaran hutan.
“Kedua, kami berharap ini merupakan amaran buat mereka untuk mengubah polisi iklim dan mengakui negara ini kini berdepan amaran iklim dan mengawal pelepasan karbon dengan segera,” ujarnya.
BACA: Kebakaran hutan memburuk, penduduk Kangaroo Island diarah berpindah
BACA: Australia terbakar, peta tersebar.. Pantai menyala, kurang tepat berita
Tunjuk perasaan seumpamanya akan diadakan di seluruh Australia.
Sejak September lalu, Australia yang kini berdepan gelombang kedua kebakaran hutan yang telah menyebabkan lebih 2,000 kediaman musnah dijilat api.
BACA: Jay Park sumbang RM123,000 untuk mangsa kebakaran hutan Australia
Topic Berkaitan
#Australia
#kebakaran hutan
#New South Wales
#Perdana Menteri
#protes
#Scott Morrison
#Sydney
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan