Skip to main content

Dunia

Rakyat Turki bantah dasar ekonomi kerajaan

41637965999_ProtesTurkey.jpg
RATUSAN penunjuk perasaan berkumpul di Istanbul pada Jumaat bagi membantah dasar ekonomi kerajaan Turki dan isu kos sara hidup yang meningkat.

Para penunjuk perasaan yang majoritinya ahli kesatuan memenuhi jalanan di daerah Kadikoy, Istanbul.

Mereka yang berdemonstrasi melaungkan slogan dan menggesa Presiden Recep Tayyip Erdogan supaya meletak jawatan.

Protes itu berlaku ketika peningkatan inflasi yang telah menjejaskan kuasa membeli orang ramai.

Ia sekali gus mengakibatkan kadar pengangguran yang tinggi serta masalah, disusuli dengan siri pemotongan kadar faedah.



Advertisement

Must Watch Video