KUALA LUMPUR:Berapa banyak pelitup muka pakai buang yang diperlukan untuk membuat bangku kecil?
Seorang pelajar Korea Selatan, Kim Ha-Neul berkata, ia memerlukan sekurang-kurangnya 1,500 keping.
Terganggu dengan sampah yang disebabkan oleh pelitup muka yang kebanyakannya dibuat daripada bahan polypropylene, pelajar jurusan reka bentuk perabot ini tampil dengan solusi mesra alam.
Pelajar berusia 23 tahun ini mengumpul pelitup muka yang ditemui dan mencairkannya untuk menghasilkan bangku kecil yang disebutnya 'Stack and Stack'.
"Plastik boleh dikitar semula, jadi mengapa kita tidak mengitar semula pelitup muka yang dibuat daripada plastik?" katanya.
Pada bulan Jun lalu, Kim meletakkan kotak untuk mengumpul pelitup muka di pusat pengajiannya Universiti Seni dan Reka Bentuk Kaywon di Bandar Uiwang, Selatan Seoul.
Sejak itu, dia mengumpulkan 10,000 pelitup muka terpakai dan telah menerima lebih dari satu tan pelitup muka yang rosak dari sebuah kilang.
Bagi mengurangkan risiko penularan COVID-19, Kim menyimpannya dalam ruangan stor sekurang-kurangnya empat hari.
Selepas itu, dia akan membuang tali elastik dan wayar sebelum menggunakan pistol pemanas ke atas pelitup muka itu dalam acuan dengan mencairkannya pada suhu lebih 300 darjah Celsius.
Hasilnya? Bangku tiga kaki 45 sentimeter (18 inci) dikitar semula dari pelitup muka berjaya dihasilkan melalui pelbagai warna pelitup muka seperti putih, merah jambu, biru dan hitam.
Seterusnya, Kim berharap dapat membuat perabot lain menggunakan pelitup muka kitar semula seperti kerusi, meja atau lampu.
Dia juga mendesak kerajaan dan swasta untuk mengitar semula pelitup muka dengan meletakkan kotak untuk mengumpul pelitup muka dari orang ramai.
Pada bulan September sahaja, Korea Selatan menghasilkan lebih dari satu bilion pelitup muka untuk kegunaan domestik.
Walaupun bangku dihasilkan Kim belum dijual, rakan-rakan Kim kagum dengan idea dan reka bentuk dihasilkannya.
Seorang rakannya, Park Sung-Chan, 20, berkata, "Perabot dihasilkan Kim akan mengingatkan kita apa yang telah kita lalui pada tahun 2020 dan produk berkenaan mesra alam".
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Reuters
Sun Dec 13 2020
Kim Ha-Neul memerlukan sekurang-kurangnya 1,500 keping pelitup muka untuk hasilkan bangku kecil yang dikitar semula. - Reuters
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
An Se-young dinobatkan pemain badminton wanita terbaik dunia 2024
Bintang sensasi Korea Selatan, An Se-young terus mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai pemain badminton wanita terbaik dunia.
Menteri Kebudayaan Korea Selatan jamin keselamatan pelancong
Menteri Kebudayaan Korea Selatan berikrar pada Isnin untuk memastikan keselamatan pelancong di tengah-tengah kebimbangan berhubung kemelut politik.
FTA Malaysia-Korea Selatan dijangka dimuktamad tahun depan jika tidak terjejas krisis politik
Perjanjian FTA antara Malaysia dan Korea Selatan dijangka dimuktamadkan tahun depan, tertakluk kepada kestabilan politik di Korea Selatan.
Ketua PPP Korea Selatan ikrar minimumkan kekacauan dengan 'pengunduran awal' Yoon
Langkah itu timbul sehari selepas usul pendakwaan Yoon gagal diluluskan kerana kekurangan kuorum, dengan semua kecuali tiga ahli parlimen PPP memboikot undian itu.
Presiden Yoon Suk Yeol 'terselamat', usul pecat ditolak
Usul memecat Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol selepas cubaannya untuk menguatkuasakan undang-undang tentera, ditolak pada Sabtu kerana tidak cukup kuorum, lapor agensi berita Yonhap.
Presiden Korea Selatan mohon maaf isytihar undang-undang tentera
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, memohon maaf atas usaha mengisytihar undang-undang tentera pada minggu ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasaran Korea Selatan 'semakin stabil' selepas insiden undang-undang tentera
Pasaran kewangan dan pertukaran asing Korea Selatan "semakin stabil" selepas pelaksanaan undang-undang tentera yang singkat awal minggu ini.
Pembangkang Korea Selatan rancang undi usul pemecatan Presiden pada Sabtu
Parti pembangkang di Korea Selatan pada Khamis memaklumkan bahawa mereka akan mengundi usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Presiden Yoon terima peletakan jawatan Menteri Pertahanan Korea
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol menerima peletakan jawatan Menteri Pertahanan Kim Yong-hyun.