DUNIA
Saree seru dunia Arab bangkit bela Gaza

Saree beri amaran bahawa kegagalan bertindak akan membawa ancaman lebih luas kepada dunia Arab. - Foto X/Dina Sulaeman
SANAA: Jurucakap Angkatan Bersenjata Yaman (YAF), Brigadier Jeneral Yahya Saree, mengumumkan kejayaan serangan peluru berpandu terhadap Lapangan Terbang Lod (Ben Gurion) di Tel Aviv, Israel, sebagai tindak balas langsung terhadap perang Gaza dan apa yang disifatkan sebagai "jenayah genosid" terhadap rakyat Palestin.
Ringkasan AI
- Jurucakap Angkatan Bersenjata Yaman mengesahkan serangan peluru berpandu "Palestine-2" terhadap Lapangan Terbang Lod sebagai tindak balas terhadap genosid di Gaza, menyebabkan gangguan besar dan panik awam.
- Saree menyeru negara-negara Arab bangkit membela Gaza, menyatakan bahawa jika bukan atas dasar agama atau identiti Arab, maka demi kemanusiaan, tindakan kolektif tetap diperlukan.
- Saree beri amaran bahawa kegagalan bertindak akan membawa ancaman lebih luas kepada dunia Arab, menandakan Yaman semakin agresif menyokong perjuangan Palestin secara ketenteraan dan simbolik.
"Jika anda tidak bangkit demi agama, maka bangkitlah demi identiti Arab anda. Dan jika bukan kerana identiti, bangkitlah demi kemanusiaan anda," katanya.
Beliau menyeru negara-negara Arab dan Islam agar bersatu menentang pengepungan Gaza, dan memberi amaran bahawa kegagalan bertindak akan mengundang akibat kepada seluruh dunia Arab.
"Jika musuh berjaya melaksanakan rancangannya di Gaza, maka giliran anda akan tiba - cepat atau lambat," tegasnya.
Serangan ini menandakan peningkatan ketara penglibatan tentera Yaman dalam konflik Gaza, yang menurut Saree adalah sebahagian daripada tanggungjawab moral dan agama menentang penindasan Israel.
Ia menyusuli beberapa tindakan protes dan kenyataan sokongan terhadap Syria dan Hamas dari pihak Yaman.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami