Presiden Amerika Syarikat Donald Trump nafi dakwaan jentera pilihan rayanya mempunyai kaitan dengan perisikan Rusia ketika kempen presiden tahun lalu.
Kenyataan dikeluarkan susulan peletakan jawatan Penasihat Keselamatan Negara Micheal Flynn.
Ketika ditanya mengenai perkara itu, Trump berulang kali menafikannya.
“Adakah anda sedar orang yang bertindak sebagai penasihat kempen anda mempunyai hubungan dengan Rusia dalam proses berdepan pilihan raya?” tanya seorang wartawan.
“Saya sudah katakan bahawa Jeneral (Michael Flynn) secara jelas sedang membuat rundingan. Itu sudah seorang. Dia berurusan dengan mereka (Rusia),” jawab Trump.
“Semasa pilihan raya berlangsung?”
“Tidak. Tidak. Tiada yang saya kenali,” jawab Trump lagi.
“Jadi anda tidak sedar sebarang pihak berhubung (dengan Rusia) semasa pilihan raya berlangsung?”
“Berapa kali saya perlu jawab soalan ini?” tegas Trump.
“Boleh tak kata ‘ya’ atau ‘tidak’ pada soalan tersebut?”
Mendengarkan soalan itu, ini jawapan Trump:
“Rusia penuh muslihat. Saya tahu anda perlu bangun dan bertanya soalan. Sangat penting. Rusia memang banyak muslihat. Saya tidak ada kaitan dengan Rusia.
“Saya tidak membuat panggilan telefon ke Rusia sudah bertahun-tahun, tidak bercakap dengan orang di Rusia, bukan tidak mahu. Saya cuma tidak ada sesiapa di sana untuk bercakap.
“Saya pernah dua kali bercakap dengan Putin. Dia menghubungi saya tentang pilihan raya. Saya sudah beritahu anda tentang ini. Dia juga menghubungi saya sempena acara angkat sumpah.
“Isi perbualan kami bagus, terutamanya kali kedua itu yang berlangsung lama. Saya pasti anda mengetahuinya kerana ia adalah terklasifikasi, saya yakin semua yang ada dalam bilik ini mengetahuinya (sarkastik). Namun kami telah berbual tentang hal-hal yang bagus.
“Saya tidak ada apa-apa hubungan dengan Rusia. Setahu saya, tiada siapa yang berurusan dengan saya melakukannya.
Dakwa Trump, dia hanya bercakap dengan Presiden Rusia Vladimir Putin dua kali melalui telefon selepas pilihan raya selesai.
Agensi
Fri Feb 17 2017
TRUMP: Saya tiada kaitan dengan Rusia. - Foto Reuters
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump janji usaha 'pengusiran jutaan migran' hari pertama sebagai presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat Donald Trump merancang untuk melancarkan usaha mengusir jutaan pendatang haram dan mengenakan tarif ke atas negara asing.
Ukraine sedia berunding dengan Rusia - Trump
Zelensky dan Ukraine mahu membuat perjanjian [dengan Rusia] dan menghentikan kegilaan ini, kata Presiden Terpilih AS.
Amerika tidak seharusnya terlibat dengan peperangan di Syria - Donald Trump
Donald Trump berpendapat, Amerika tidak seharusnya terlibat dalam apa sahaja peranan dengan Syria yang sedang bergolak ketika ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump lantik David Sacks ketuai Agensi AI dan Kripto
Donald Trump pada Khamis melantik bekas Ketua Pegawai Operasi PayPal David Sacks mengetuai agensi kecerdasan buatan (AI) dan mata wang kripto negara itu.