Sebahagian umat Islam di selatan Thai menyambut Aidiladha hari ini dengan berpandukan pengumuman kerajaan Arab Saudi bahawa semalam merupakan hari wukuf.

Namun begitu, majoriti umat Islam di sini seramai lapan juta daripada 67 juta penduduk Thailand akan menyambutnya esok, berdasarkan ketetapan Pejabat Sheikul Islam Thailand.

Dalam tinjauan Bernama di Masjid Taawun yang terletak di Kampung Bang-Pu, dalam Daerah Yaring di sini, didapati sejak awal pagi lagi, penduduk menunaikan solat Aidiladha beramai-ramai.

Mereka kemudiannya melakukan ibadah korban dengan menyembelih lembu.