Susulan letupan bom seberat 20 kilogram yang memusnahkan sebuah pasar raya besar di Daerah Muang, Narathiwat, Thailand pada Jumaat.

Laporan terbaru mengatakan bom terbabit dipercayai disorok dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda yang diletakkan di hadapan pasar raya itu.

Turut musnah beberapa deret kedai berdekatan dan kenderaan motosikal yang berada di kawasan berhampiran.

Walau bagaimanapun tiada individu yang cedera.

Letupan kira-kira jam 12 tengah hari itu merupakan letupan yang kedua pada Jumaat.

Sebelum itu sebuah bom turut meletup di pasar Phuphaphakdee mencederakan seorang tentera dan lima orang awam.

Selatan Thai terus dirundung keganasan sekaligus mencemari perjanjian damai awal antara pihak kerajaan dengan kumpulan Barisan Revolusi Nasional (BRN) di Kuala Lumpur pada Khamis.