TEHRAN: Sekurang-kurangnya seorang maut dan dua lagi cedera selepas penyerang yang menggunakan senjata api automatik menyerang Kedutaan Azerbaijan di Tehran pada Jumaat.
Kejadian berlaku kira-kira 8.30 pagi waktu tempatan (0500GMT) apabila lelaki bersenjata itu melepaskan tembakan ke arah sekumpulan pengawal kedutaan di utara Tehran, lapor Agensi Anadolu memetik sumber tempatan.
Ketua perkhidmatan keselamatan kedutaan itu terbunuh dalam serangan itu manakala dua pengawal cedera.
Penyerang berjaya ditahan oleh pasukan keselamatan, kata ketua polis Tehran Hossein Rahimi kepada pemberita di tempat kejadian dan mengesahkan kematian seorang pengawal.
Beliau berkata arahan telah dikeluarkan untuk menyiasat insiden itu dan siasatan awal mendapati motif serangan disebabkan "masalah peribadi dan berkaitan keluarga" dengan penyerang memasuki kedutaan bersama dua anak kecil.
Beberapa laporan tempatan menyebut penyerang merupakan seorang lelaki berusia 50 tahun, ditemani dua kanak-kanak -- seorang perempuan berusia 14 tahun dan seorang lelaki berusia 7 tahun -- yang identitinya masih tidak diketahui.
Kenyataan Kementerian Luar Azerbaijan memaklumkan penyerang bersenjata itu "memusnahkan pos pengawal dengan senjata automatik Kalashnikov" dan keadaan dua pegawal yang cedera itu dilaporkan stabil.
Penyerang mendakwa isterinya pergi ke kedutaan pada April tahun lalu dan tidak pulang.
Walaupun berulang kali mengunjungi kedutaan untuk mengetahui keberadaan isterinya, dia tidak menerima sebarang maklum balas daripada pihak yang berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 27 2023
Kejadian berlaku kira-kira 8.30 pagi waktu tempatan (0500GMT) apabila lelaki bersenjata itu melepaskan tembakan ke arah sekumpulan pengawal kedutaan di utara Tehran. - Foto REUTERS
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
6 maut, 26 cedera dalam serangan bersenjata di utara Mexico
Dalam kejadian itu, tiga lelaki bersenjata melancarkan serangan semasa perhimpunan di sebuah kediaman di bandar Cajeme.
Tiga maut, empat cedera kena tembakan rambang di Siam Paragon
Pengguna sosial media berkongsikan video bagaimana orang ramai bertindak melarikan diri dari kawasan tersebut, terdengar bunyi tembakan
Dua anggota polis, 4 "pengganas" terbunuh dalam serangan bersenjata di Iran
Dua anggota polis dan empat "pengganas" terbunuh pada Sabtu dalam serangan bersenjata di sebuah balai polis di wilayah Sistan dan Baluchestan, di Iran.
Serangan bersenjata ragut 21 nyawa di Plateau, Nigeria
Sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh dalam insiden serangan bersenjata di Plateau, di Nigeria baru-baru ini, kata seorang pegawai pada Selasa, lapor Xinhua.
30 terbunuh lelaki bersenjata serang kampung di Nigeria
Kebanyakan mereka yang terbunuh adalah anggota kumpulan pengawal pertahanan diri manakala penyerang dipercayai daripada etnik Fulani.
Malaysia kecam sekeras-kerasnya serangan bersenjata di Kedutaan Azerbaijan, Tehran
Malaysia mengulangi pendirian menolak semua bentuk keganasan dan menyeru agar pelaku serangan kejam dibawa ke muka pengadilan.
Malaysia gesa pelaku serangan bersenjata di Tehran segera di ke muka pengadilan
Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa dan pihak keluarga perbuatan jenayah tersebut.
Negara Arab, Israel kecam serangan maut ke atas Kedutaan Azerbaijan di Tehran
Serangan itu berlaku di Tehran ketika Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sisi mengadakan lawatan rasmi ke Azerbaijan.
Seorang terbunuh dalam serangan bersenjata di Kedutaan Azerbaijan di Tehran
Sekurang-kurangnya seorang maut dan dua lagi cedera selepas penyerang yang menggunakan senjata api automatik menyerang Kedutaan Azerbaijan di Tehran pada Jumaat.
Empat maut dalam serangan bersenjata di bursa saham Pakistan
Media melaporkan, penyerang bersenjata itu menggunakan bom tangan dan senapang.