IRAN menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengutuk tindakan keras tentera Israel di pekarangan Masjid Al-Aqsa di wilayah timur Baitulmaqdis yang diduduki.
Tehran turut menyifatkan perbuatan rejim itu sebagai jenayah perang.
Lebih 200 cedera dalam pertempuran pada Jumaat antara penduduk Palestin dengan tentera Israel di tempat ketiga paling suci bagi umat Islam itu.
Jurucakap Kementerian Luar, Saeed Khatibzadeh dalam satu kenyataan berkata, Iran mengecam serangan tersebut.
Tambah kenyataan itu, jenayah perang yang dilakukan itu sekali lagi membuktikan kepada dunia sifat jenayah rejim zionis yang menceroboh tanah orang lain.
BACA: Serangan Masjid Al-Aqsa: Dunia perlu buat sesuatu bantu rakyat Palestin - Anwar Ibrahim
BACA: Malaysia kecam pencerobohan, serangan tentera serta pendatang Yahudi di Masjid Al-Aqsa - Hishammuddin
Ketegangan di Baitulmaqdis meningkat sejak akhir-akhir ini apabila Israel melarang akses penduduk Palestin ke beberapa bahagian di Kota Lama sepanjang bulan Ramadan.
Pada Sabtu, PBB meminta Israel mengakhiri pengusiran secara paksa di wilayah timur Baitulmaqdis yang didudukinya, dengan mengingatkan tindakan itu boleh dianggap sebagai jenayah perang.
Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei sebelum ini melabel Israel bukan sebuah negara tetapi pangkalan pengganas.
Astro Awani
Sat May 08 2021
Selepas serangan yang terjadi pada Jumaat, warga Palestin tetap mengerjakan solat di pekarangan Masjid Al-Aqsa, 8 Mei, 2021. REUTERS
Banjir Dubai: Lapangan Terbang Antarabangsa 'lumpuh' 25 minit, 45 penerbangan dibatalkan
Ribut luar biasa menyebabkan operasi di DXB tergendala selama 25 minit dengan 21 penerbangan keluar dan 24 penerbangan masuk dibatalkan.
Serba Dinamik dinyah senarai jika gagal kemuka pelan penyusunan semula 15 Mei - Bursa Malaysia
Serba Dinamik juga akan dinyah senarai jika ia gagal mendapatkan kelulusan untuk pelaksanaan pelan penyusunan semula.
6,034 guru lantikan kontrak ditempatkan di sekolah KPM
Seramai 1,858 daripada keseluruhan jumlah guru baharu ditempatkan di sekolah menengah manakala 4,176 lagi, di sekolah rendah.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Dolar AS turut menerima faktor sampingan berikutan kenyataan Pengerusi Fed AS Jerome Powell yang cenderung menaikkan kadar faedah.
ENEGEM: dagangan tenaga boleh baharu
Datuk Ir. Guntor Tobeng, pengasas Gading Kencana, mengulas mengenai penubuhan platform pertukaran tenaga (ENEGEM) oleh kerajaan Malaysia dan kesannya terhadap peralihan tenaga, pertumbuhan ekonomi, dan kerjasama antarabangsa.
Satu PPS di Alor Gajah dibuka, tempatkan 51 mangsa banjir
Mangsa terdiri daripada 13 keluarga dari sembilan kampung di daerah Alor Gajah, ditempatkan di Balai Raya Balik Balai.
Pengurusan kewangan di musim Aidilfitri
Prof. Madya Dr. Ahmad Fahmi Sheikh Hassan, Pensyarah Kanan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, UPM, mengulas mengenai hubungan antara situasi ekonomi semasa dengan sambutan Aidilfitri, pengaruh budaya dalam keputusan kewangan, dan strategi untuk menguruskan kewangan semasa musim perayaan.
MIDF Research positif terhadap penubuhan ENEGEM, permudah urusan jualan elektrik rentas sempadan
Firma penyelidikan itu berkata, sebagai pengendali ENEGEM, Single Buyer akan menjadi badan utama mengagihkan bekalan RE dari Malaysia dan menguruskan tenaga eksport kepada pembeli di Singapura.
Pertandingan Ratu Cantik AI pula dianjurkan
Tujuan pertandingan ini dianjurkan ialah mencari bakat penghasil kandungan AI generatif dari seluruh dunia.
Lohong hitam terbesar di Bima Sakti dikesan, 33 kali lebih besar daripada matahari
Penemuan dilakukan oleh teleskop angkasa lepas Gaia yang dilancarkan ESA pada tahun 2013 untuk mengambil gambar berbilion bintang.
Kejadian tikaman di gereja Sydney diisytihar 'tindakan pengganas'
Polis Australia isytihar kejadian tikaman di sebuah gereja di Sydney pada Isnin sebagai "tindakan pengganas."
360 orang cedera dalam serangan di dewan konsert Moscow
Wakil Pusat Perubatan Bencana Seluruh Rusia berkata mangsa yang cedera termasuk 11 kanak-kanak.
Euro 2024: Jerman perketat kawalan sempadan
Menteri Dalam Negeri Jerman Nancy Faeser mengumumkan untuk melindungi UEFA Euro 2024 daripada sebarang ancaman keganasan yang berpotensi.
Pas gesa kerajaan tidak ikut telunjuk luar isu keselamatan, kedaulatan negara
Tuan Ibrahim berkata, perkara ini mesti diuruskan dengan kewibawaan kerajaan Malaysia sendiri tanpa didorong oleh campur tangan asing.
Sedih, reda keputusan mahkamah - Najib Lep
Harapan masih disandarkan agar adiknya dan Mohammed Farik dapat menjalani hukuman di Malaysia dengan perbincangan masih dilakukan.
AS senaraikan semula Houthi sebagai pengganas
Ia dilihat sebagai usaha terbaharu Washington untuk membendung serangan ke atas kapal komersial di Laut Merah.
Pakistan bertindak balas dengan menyerang tempat persembunyian kumpulan pengganas di Iran
Kementerian Luar Pakistan berkata operasi berasaskan maklumat perisikan dengan nama kod "Marg Bar Sarmachar", membunuh beberapa orang pengganas.
Darurat Ecuador: Tentera giat cari 'lubuk' pengganas
Presiden Daniel Noboa juga telah mengisytiharkan darurat selama 60 hari dan menamakan 22 kumpulan sebagai kumpulan pengganas.
Pejuang Houthi adalah 'pengganas' - Biden
Biden berkata Washington akan bertindak balas kepada Houthi jika mereka meneruskan tingkah laku yang disebutnya keterlaluan.
OIC, China, Korea Selatan kutuk insiden pengeboman di Iran
Sekretariat OIC menzahirkan ucapan takziah kepada kerajaan Iran, rakyat dan keluarga mangsa dan mendoakan mereka yang cedera segera pulih.