awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan pengganas Christchurch: Foto PM New Zealand berhijab jadi bualan netizen

Agensi
Agensi
18/03/2019
05:45 MYT
Serangan pengganas Christchurch: Foto PM New Zealand berhijab jadi bualan netizen
Jacinda Ardern memakai hijab ketika perjumpaan bersama komuniti Muslim Christchurch. - Gambar AP
SEHARI selepas insiden serangan pengganas, gambar yang menunjukkan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern memakai hijab ketika perjumpaan beliau bersama komuniti Muslim Christchurch telah dikongsi beribu kali seluruh dunia.
Dalam foto tersebut, beliau memandang ke hadapan dengan keningnya terangkat tanda kerisauan sambil menggenggam tangannya.
Ketika foto itu dirakamkan, Ardern diam tanpa menujukkan apa-apa reaksi dan hanya fokus mendengar.
Gambar yang disebarkan ke seluruh dunia itu dirakamkan oleh jurugambar Majlis Perbandaran Christchurch, Kirk Hargreaves dan disebarkan oleh rangkaian berita di Asia.
Hargreaves yang pernah berkerja untuk akhbar Christchurch, The Press sedang berdiri di luar dewan komuniti ketika dia melihat riak wajah sugul Ardern melalui tingkap.
Ardern dilaporkan menyertai mesyuarat berkenaan sejurus tiba dari Wellington.
“Sifat empati manusia dan sifat-sifat menakjubkan lain yang beliau tunjukkan didalam gambar tersebut, saya gembira kerana orang ramai dapat berhubung dengannya,” kata Hargreaves.
Foto yang pada mulanya dikongsi dilaman sosial Twitter itu dimuat naik tanpa melalui sebarang suntingan.
Topic Berkaitan
#Asia
#Christchurch
#Jacinda Ardern
#New Zealand
#pengganas
#Perdana Menteri
#politik
#serangan
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan