awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura catat kes keempat positif koronavirus

Agensi
Agensi
25/01/2020
18:25 MYT
Singapura catat kes keempat positif koronavirus
Kes terbaharu ini melibatkan seorang lelaki berumur 36 tahun dari Wuhan, China yang tiba di Singapura bersama keluarganya Rabu lalu. - Gambar fail
Kes keempat jangkitan novel koronavirus (2019-nCoV) telah dikesan di Singapura, menurut Kementerian Kesihatan republik itu pada Ahad.
Memetik laporan Channel News Asia, kes terbaharu ini melibatkan seorang lelaki berumur 36 tahun dari Wuhan, China yang tiba di Singapura bersama keluarganya Rabu lalu.
Pihak kementerian memaklumkan, individu tersebut kini sedang dirawat di bilik pengasingan di Sengkang General Hospital (SKH) di mana keadaanya dilaporkan stabil.
Mangsa dikatakan tidak menunjukkan sebarang simptom jangkitan koronavirus semasa dalam penerbangannya ke Singapura, dan telah menginap di Village Hotel Sentosa.
BACA: Tiga individu sudah disahkan dijangkiti virus Wuhan di Singapura
BACA: Shangri-La bersihkan bilik didiami pesakit pertama koronavirus di Singapura
Bagaimanapun, dia dilaporkan mula mengalami batuk-batuk pada Khamis sebelum dimasukkan ke wad kecemasan SKH pada hari berikutnya selepas disyaki dijangkiti virus berkenaan.
Dia kemudiannya disahkan positif koronavirus selepas keputusan ujian makmal dikeluarkan pada jam 9:30 malam Sabtu.
Pihak kementerian juga kini sedang mengesan individu yang telah bersentuhan dengan mangsa.
Topic Berkaitan
#China
#coronavirus
#Kementerian Kesihatan SIngapura
#kes keempat
#koronavirus
#Sengkang General Hospital
#Sentosa
#Singapura
#SKH
#virus Wuhan
#Wuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan