Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong berharap untuk menandatangani perjanjian dua hala mengenai pembangunan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) antara republik itu dan Malaysia pada pemukiman pemimpin yang akan datang.
Kedua-dua negara telah membincangkan perjanjian itu selama lebih setahun, sejak beberapa pemukiman yang lepas.
"Kami telah mencapai kemajuan yang amat baik. Kami hampir berjaya, dan saya harap apabila saya bertemu Perdana Menteri Najib (Najib Tun Razak) pada pemukiman yang akan datang, kami akan dapat menandatangani perjanjian itu," kata Lee dalam temu bual dengan Bernama pada Isnin.
Dari segi skala, Lee menyifatkan HSR sebagai projek yang "amat besar, amat sukar dan amat luas".
"Kami perlu melakukan yang terbaik untuk menjangka isu-isu yang mungkin timbul, apabila kami membinanya, apabila kami mengendalikannya, dan mempunyai pemahaman yang jelas mengenai bagaimana kami akan menghadapinya jika timbul sesuatu perkara .
"Perkara pertama ialah mempunyai perjanjian yang baik antara kedua-dua negara mengenai asas bagaimana projek ini dirangka, bagaimana ia akan dilaksanakan, dan bagaimana ia disokong oleh dua kerajaan.
"Itu adalah keperluan pertama, iaitu kami mempunyai perjanjian yang amat baik yang menggariskan secara jelas asas yang kukuh untuk membina dan mengendalikan sistem tersebut," katanya.
Lee yang sebelum ini berkata pelaksanaan yang baik adalah amat penting bagi HSR, ditanya mengenai kesukaran, antara lainnya, yang perlu dielak bagi pelaburan jangka panjang yang besar itu.
Beliau berkata pelaksanaan projek itu amat penting - dalam mereka bentuk, menawarkan tender, dan menilai cadangan berikutan beberapa sistem HSR di dunia melobi untuk mendapatkan kontrak ini.
Antaranya ialah sistem HSR Jepun, Korea dan China.
"Setiap satunya mempunyai kekuatannya, dan kami akan mempunyai keputusan yang amat sukar untuk menilai pembida, dan menentukan yang mana terbaik secara keseluruhannya," jelas beliau.
Ditanya mengenai perkongsian kos projek tersebut, Lee berkata: "Semua perlu dinyatakan dengan jelas.
"Itu merupakan antara perkara yang menjadikan projek ini sukar disebabkan dua kerajaan terlibat. Ia seperti projek dari London ke Paris, Channel Tunnel.
"Apabila dua pihak berkuasa terlibat, kita perlu memutuskan bagaimana untuk membahagikannya, di mana penentuannya. Saya bina bahagian saya, anda bina bahagian anda, dan kita perlu bertemu pada titik yang sama. Jika ia tidak berlaku, kita akan mempunyai masalah yang besar," katanya.
Bagaimanapun, Perdana Menteri Singapura itu amat yakin seperti katanya: "Ia adalah sukar tetapi terdapat keazaman. Dan terdapat keazaman yang baik, dan kami mungkin menjadikannya berjaya."
Di Tokyo baru-baru ini, Najib berkata Malaysia dan Singapura dijangka menandatangani perjanjian mengenai projek HSR pada awal bulan depan.
Najib berkata tender antarabangsa untuk menyediakan tren HSR akan ditawarkan pada suku keempat tahun depan.
Beliau berkata kebanyakan isu berkaitan projek itu hampir diselesaikan. -- Bernama
Bernama
Wed Nov 30 2016
Dari segi skala, Lee (gambar) menyifatkan HSR sebagai projek yang "amat besar, amat sukar dan amat luas". - Foto Bernama
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Flysiswa | 1MDB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
10 Berita Pilihan - (12 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
AWANI Tonight 12 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
Consider This: Climate Policy — What's Next for Malaysia in 2025
Following the conclusion of COP29 in Baku, the global climate conversation shifts once again to action—or the lack of it. What lessons can we draw from those global negotiations? And might they shape Malaysia’s ASEAN chairmanship in 2025? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Nik Nazmi Nik Ahmad, Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability. His new book is titled ‘Saving the Planet: Climate and Environmental Lessons from Malaysia and Beyond’.
AWANI 7:45 [12/12/2024] - Perbahasan Ahli Parlimen | Kontroversi Pulau Batu Puteh | Masa depan negara | Hujan berterusan tahap waspada
Kontroversi Pulau Batu Puteh, Dewan Rakyat bahas laporan Suruhanjaya Di Raja.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
AWANI Tonight: PM launches National AI Office
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim launches the national artificial intelligence office today, with the aim to position Malaysia as a regional AI hub.
Penilaian cadangan konsep HSR fokus untuk minimumkan implikasi kewangan kerajaan - Anthony
Kementerian Pengangkutan akan meneliti cadangan konsep projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dengan fokus untuk meminimumkan implikasi kewangan kepada kerajaan.
7 konsortium merangkumi 31 firma swasta kemuka cadangan konsep pembinaan HSR KL-Singapura
Tujuh konsortium telah mengemukakan cadangan konsep kepada MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp) hari ini.
Tanpa penglibatan kerajaan, HSR KL-Singapura sangat mencabar dilaksanakan - Maybank IB
Projek HSR KL-Singapura yang dianggar menelan belanja RM100 bilion adalah sangat mencabar untuk dilaksanakan tanpa penglibatan kerajaan.
Projek HSR tidak terjejas, walaupun firma Jepun tarik diri - Loke
Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura tidak terjejas, walaupun firma Jepun menarik diri daripada terbabit.
HSR KL-Singapura: Firma Jepun tarik diri, China dan Eropah berpotensi jadi pembida berjaya - Laporan
Penarikan diri firma Jepun adalah kerana projek HSR itu mempunyai risiko tiada jaminan kewangan dari pihak Kerajaan Malaysia.
HSR: Mahkamah Tinggi batal saman terhadap kerajaan, empat tokoh politik
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan dan empat tokoh politik untuk membatalkan saman yang difailkan seorang individu berhubung pembatalan projek HSR.
Negeri Sembilan sambut baik projek HSR KL-Singapura diteruskan - Aminuddin
Cadangan meneruskan pembinaan HSR KL-Singapura, merupakan usaha yang baik terutama dalam meningkatkan ekonomi di Negeri Sembilan.
Pelaksanaan HSR, LRT di Johor ambil kira faktor kewangan negara - Loke
Pelaksanaan projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dan Transit Aliran Ringan (LRT) di Johor perlu mengambil kira faktor kewangan negara.
HSR: Kerajaan teliti model pelaksanaan baharu - Loke
Kerajaan sedang mengkaji model pelaksanaan baharu bagi meneruskan cadangan pembinaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura.
HSR Jakarta-Bandung jadi contoh baik di Asia Tenggara - Setiausaha Agung ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Kao Kim Hourn berkata kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung bukan sahaja merupakan HSR pertama di Indonesia bahkan di Asia Tenggara dan menjadi contoh baik di rant