JENIN: Pasukan khas Israel yang menyamar sebagai orang awam, doktor dan jururawat membunuh tiga lelaki Palestin di Hospital Ibn Sina di bandar Jenin pada pagi Selasa.
Mangsa dikenal pasti sebagai pasangan adik beradik Mohammad dan Basil Ayman Al-Ghazawi serta Mohammad Walid Jalamna, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Menurut sumber hospital, kira-kira 10 anggota pasukan khas Israel menceroboh ke tingkat tiga hospital dan membunuh tiga pemuda itu menggunakan pistol yang dilengkapi penyenyap bunyi.
Ketika kejadian Basil sedang menerima rawatan di kemudahan berkenaan akibat kecederaan yang dialaminya sejak 25 Okt 2023.
Sementara itu, Menteri Kesihatan Palestin Mai Alkaila menggesa Perhimpunan Agung PBB, institusi antarabangsa dan pertubuhan hak asasi manusia untuk menamatkan siri jenayah harian yang dilakukan oleh tentera penceroboh terhadap rakyat Palestin dan pusat kesihatan di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.
Menteri itu turut menggesa agar pusat perubatan dan kru ambulans diberi perlindungan sewajarnya daripada serangan tentera rejim.
Dalam satu kenyataan pada Selasa, beliau berkata undang-undang antarabangsa menyediakan perlindungan umum dan khusus untuk tempat-tempat awam, termasuk hospital selaras Konvensyen Geneva Keempat dan Protokol Tambahan Pertama dan Kedua kepada Konvensyen Geneva 1977 dan The Hague 1954.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 30 2024
Menurut sumber hospital, kira-kira 10 anggota pasukan khas Israel menceroboh ke tingkat tiga hospital dan membunuh tiga pemuda itu menggunakan pistol yang dilengkapi penyenyap bunyi. -Gambar fail/AP
Kerajaan Kelantan ucap terima kasih kepada PM
Mohd Nassuruddin Daud mengucapkan terima kasih kepada Anwar Ibrahim kerana memberi layanan sama rata kepada Kelantan seperti negeri-negeri lain.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 2 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MSWP sasar lebih 50 emas di SUKMA Sarawak
MSWP menggalas misi besar apabila menyasarkan lebih 50 pingat emas selain menempatkan diri dalam kelompok tiga terbaik di Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos ini.
Maritim Malaysia tahan dua bot, sita barangan lebih RM160,000 di Tawau
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan tiga lelaki kerana melanggar syarat sah lesen dua bot melibatkan sitaan lebih RM160,000 di perairan Inderasabah dekat sini, semalam.
Inisiatif FLYsiswa disambung semula mulai hari ini - MOT
Inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan FLYsiswa disambung semula, bermula hari ini.
Copilot kini boleh digunakan pada OneDrive – Rumus kandungan fail sebelum dikongsi
Bulan Oktober lepas, Microsoft telah mengemas kini OneDrive pada versi web dengan antara muka baharu.
Tumpuan Jumaat - 03 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lelaki ditahan lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan
Polis menahan seorang lelaki tempatan disyaki melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan di sebuah inap desa di Tampin, dekat sini pada Sabtu lepas.
AWANI Ringkas: DVS Selangor buka kertas siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia guna hubungan baik pelbagai negara bantu henti kekejaman di Gaza - PM Anwar
Katanya, strategi melibatkan pelbagai negara harus dirangka kerana penindasan di Gaza bukan lagi isu yang hanya melibatkan OIC dan Islam.
Anwar zahir rasa kecewa dengan perkembangan mutakhir di Gaza
Anwar berkata isu kemanusiaan di Gaza kerap disuarakannya setiap pertemuan dengan mana-mana pemimpin antarabangsa.
Blinken akan terus desak Netanyahu
Blinken berkata masih banyak lagi yang perlu dilakukan bagi memastikan bantuan sampai kepada orang ramai secara berterusan.
Trak bawa tahanan, mayat ke Gaza bertindak sekat bantuan
Trak yang membawa kedua-dua mayat dan tahanan ke Gaza melalui persimpangan utama Kerem Shalom kerap menahan penghantaran bantuan.
WCK kembali operasi di Gaza
WCK pada Selasa memaparkan beberapa gambar yang menunjukkan sebilangan kakitangan dan sukarelawan bekerja di Gaza.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Malaysia manfaat platform WEF untuk suarakan kesepakatan negara-negara Islam
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan pertemuannya dengan pemimpin negara Islam bagi menyuarakan harapan agar keganasan di Gaza dihentikan.
Mesyuarat Khas WEF: Tekanan politik dalaman punca Israel ‘menggila’ - PM Jordan, Mesir
Kedua-dua perdana menteri negara Asia Barat itu setuju serangan ketenteraan di Rafah hanya akan memburukkan keadaan yang sudah sedia meruncing.