Sebuah kejiranan di Damsyik hancur dalam serangan pengeboman yang dilancarkan tentera Syria bagi mengusir militan Daish.
Menerusi operasi sama, tentera Syria berjaya menawan semula kawasan kejiranan terakhir di selatan Damsyik yang selama ini ditawan Daish.
Pihak tentera juga akhirnya mengisytiharkan ibu kota Syria dan kawasan sekitarnya selamat sepenuhnya daripada ancaman militan buat kali pertama sejak tujuh tahun lalu.
Selain itu, pihak tentera juga berjaya menawan semula kubu kuat militan Daish di kem pelarian Palestin di Yarmouk dan Hajar al-Aswad selepas berbulan lamanya merancang strategi menawan semula kawasan terbabit.
Penawanan besar-besaran tentera Syria di bawah kepimpinan Presiden Bashar al-Assad berjaya membentuk kerajaan Syria yang lebih besar termasuk kawasan pinggir bandar.
Ia sekali gus membolehkan mereka menguasai semula kawasan yang sebelum ini berada di bawah kawalan kerajaan sejak perang saudara tercetus pada 2011.
Menurut kumpulan pemerhati perang, sejumlah 1,600 lelaki bersenjata dari puak Daish meninggalkan kawasan yang ditawan mereka sebelum ini menuju ke kawasan padang pasir di timur negara itu setelah mencapai kata sepakat dengan kerajaan Syria.
Badan pemantau hak asasi manusia Syria yang berpangkalan di Britain juga melaporkan bahawa pasukan tentera kini mengosongkan kawasan perumahan militan Daish yang terakhir di kem pelarian Palestin di Yarmouk.
APTN
Mon May 21 2018

Menerusi operasi sama, tentera Syria berjaya menawan semula kawasan kejiranan teakhir di selatan Damsyik yang selama ini ditawan Daish.

KPT dalam usaha tambah baik PdP IPT
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mansor Othman berkata usaha menambah baik PdP akan membabitkan beberapa aspek tertentu termasuk kaedah sistem itu dijalankan.

5 perkara penting dalam kenyataan media KKM - 28 Feb 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media hari ini berkaitan perkembangan terkini jangkitan COVID-19 di Malaysia.

5 perkara penting kenyataan media harian PKP - 28 Feb 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan media berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

MB Kedah terima suntikan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech
Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor menjadi individu pertama di Kedah menerima suntikan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech pada Program Suntikan COVID-19.

Filipina terima penghantaran pertama vaksin COVID-19
Filipina menerima penghantaran pertama vaksin COVID-19 pada Ahad, antara negara terakhir di Asia Tenggara menerima vaksin.
![AWANI Sarawak [28/02/2021] - Kemelut PKR | Perkembangan COVID-19 AWANI Sarawak [28/02/2021] - Kemelut PKR | Perkembangan COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892902/27199807121614513099113_640x360.jpg)
AWANI Sarawak [28/02/2021] - Kemelut PKR | Perkembangan COVID-19
Laporan berita padat dan ringkas dari Bumi Kenyalang bersama Nickyson Nyambar membawakan tumpuan berikut: 1. DAP yakin kemelut PKR tidak jejas PH Sarawak 2. Dua kematian akibat COVID-19 libatkan warga emas 3. Yang tidak mengambil suntikan vaksin mempunyai keberangkalian tinggi dijangkiti virus COVID-19 Saksikan #AWANISarawak setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com

Politik | Hala Tuju PH Sarawak
Bersama Dr Jeniri Amir bagi mengupas perkembangan kemelut politik PKR Sarawak susulan peletakan jawatan Ahli Parlimen Julau, Larry Sng.

COVID-19 | Jangan takut ambil vaksin
Individu yang tidak disuntik vaksin COVID-19 ada kebarangkalian tinggi dijangkiti virus itu berbanding yang mengambilnya. Ini sekali gus meletakkan mereka dalam komuniti kelompok. Justeru, Pegawai Kesihatan Bahagian Samarahan, Dr Nur Fatihah Oh Abdullah menasihatkan orang ramai jangan ambil risiko. Sebaliknya, sertai Program Imunisasi bagi memutuskan rantaian COVID-19 di negara ini.

COVID-19 Sarawak | Dua kematian, 171 kes baharu
Perkembangan COVID-19 di Sarawak. 203 kes baharu dilaporkan telah pulih dan dibenarkan discaj dari hospital hari ini. Jumlah ini melebihi kes baharu positif COVID-19 di Sarawak iaitu 171 kes. Pertambahan kes baharu pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kepada 9,545 kes. Selain itu, dua kematian turut dicatatkan, menjadikan jumlahnya kini 83 individu.

PKPD di SMK Sultan Idris Shah II ditamatkan, berikut antara tumpuan kenyataan Ismail Sabri
PKPD di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris Shah II, Gerik, Perak ditamatkan esok.

Mufti Damsyik terkorban dalam insiden ledakan bom
Sheikh Mohammad dalam sebelum ini banyak mengimamkan solat jemaah yang turut disertai Presiden negara itu, Bashar al-Assad.

Video rakyat Syria dipancung, dibakar askar upahan Rusia tersebar
Mangsa telah dituduh cuba melarikan diri dari tugas dan telah disoal siasat sebelum ditolak jatuh ke tanah.

750 suspek pengikut Daish bebas susulan serangan Turki
Sekurang-kurangnya 750 orang yang disyaki terbabit dengan Daish dilaporkan telah melarikan diri dari kem perpindahan Ain Issa di timur laut Syria.

Isteri Presiden Syria bebas kanser payudara
Menurut wanita pertama berusia 44 tahun itu, beliau menerima rawatan kemoterapi dan turut menjalani pembedahan di sebuah hospital tentera Syria.

Malang Huda dan Fatimah, wajah cacat jadi bahan ejekan
Umur Huda dan Fatimah masih panjang kerana terselamat selepas rumah mereka menjadi sasaran serangan udara tentera rejim Bashar al Assad.

'Semoga engkau meminum api dari neraka...' - Doa wanita kehilangan suami, anak
Dicium gambar suami dan anak-anaknya satu persatu sambil memberitahu kesemua mereka telah terbunuh.

60,000 pelarian di ambang maut
Lebih 60,000 pelarian Syria di kem Rukban di ambang kebuluran dan maut selepas tentera regim Bashar al Assad dan sekutunya menyekat penghantaran bantuan kemanusiaan.

Iran gesa Syria cari penyelesaian
Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif membuat gesaan itu ketika tentera Syria yang menyokong Presiden Bashar al-Assad sedang meningkatkan serangan bagi mengambil semula wilayah itu.

Iran-Syria perkukuh kerjasama pertahanan
Kunjungan dua hari Hatami itu turut dijangka memuktamadkan beberapa perjanjian termasuk berhubung ketenteraan dan pertahanan baharu melibatkan kedua-dua negara.

Wanita pertama Syria, Asma al-Assad jalani rawatan kanser payu dara
Bashar memaklumkan kanser payu dara yang dihidapi isterinya dikesan berada pada fasa awal.