awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BAM perlu lebih RM55 juta setahun - Tengku Zafrul
Pulau Pinang jangka terima kemasukan lebih 8 juta pelancong melalui LTAPP tahun ini
Johor akan pergiat promosi pelancongan sempena Tahun Melawat Johor 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tentera Syria mulakan serangan terhadap SDF di Sheikh Maqsoud, Aleppo

Astro Awani
Astro Awani
09/01/2026
23:40 MYT
Tentera Syria mulakan serangan terhadap SDF di Sheikh Maqsoud, Aleppo
Penduduk melarikan diri dari kawasan Sheikh Maqsoud di Aleppo, Syria selepas kerajaan mengisytiharkan kawasan itu sebagai zon ketenteraan tertutup. - Foto AP
ALEPPO: Tentera Syria dilaporkan telah melancarkan serangan terhadap Pasukan Demokratik Syria (SDF) di kawasan Sheikh Maqsoud, utara bandar Aleppo, menandakan peningkatan ketegangan antara kedua-dua pihak di wilayah strategik itu.
Memetik laporan Al Jazeera, pertempuran tercetus apabila unit tentera Syria mara ke kawasan yang dikuasai SDF, disokong oleh tembakan artileri berat.
Bunyi letupan dan tembakan dilaporkan kedengaran sejak awal pagi, menyebabkan penduduk awam berlindung di dalam rumah masing-masing.
Sheikh Maqsoud merupakan kawasan bermajoriti Kurdi dan telah lama berada di bawah kawalan SDF, yang disokong oleh Amerika Syarikat.
Kawasan itu dianggap penting kerana lokasinya yang strategik di Aleppo, bandar kedua terbesar Syria.
Setakat ini, tiada angka rasmi dikeluarkan mengenai korban atau kecederaan, namun sumber perubatan tempatan berkata beberapa orang awam dilaporkan cedera akibat bedilan artileri.
Pihak SDF dalam satu kenyataan menuduh tentera Syria melanggar perjanjian keselamatan yang sebelum ini dicapai, manakala kerajaan Syria mendakwa operasi itu bertujuan memulihkan kedaulatan negara dan menangani ancaman keselamatan.
Pertempuran terbaru ini menimbulkan kebimbangan mengenai nasib penduduk awam di Aleppo, yang telah lama terjejas akibat konflik berpanjangan di Syria.
Usaha rundingan untuk meredakan ketegangan antara kedua-dua pihak setakat ini dilaporkan menemui jalan buntu.
Topic Berkaitan
#tentera
#SDF
#Sheikh Maqsoud
#pertempuran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan