awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tertangkap 'makhluk asing' dari dasar laut tanpa sengaja

Sinar Harian
Sinar Harian
01/03/2025
00:45 MYT
Tertangkap 'makhluk asing' dari dasar laut tanpa sengaja
Makhluk misteri yang ditangkap seorang nelayan Rusia di Lautan Pasifik mencetuskan pelbagai teori warganet. - Foto Sinar Harian/Agensi
MOSCOW: Seorang nelayan menangkap makhluk aneh menyeramkan yang tidak pernah dilihat sebelum ini.
Roman Fedortsov yang mengendalikan bot pukat tunda di Murmansk, barat laut Rusia mendedahkan hasil tangkapan menyerupai makhluk asing itu di bahagian utara Lautan Pasifik menerusi rakaman video yang turut dikongsikan bersama kira-kira 600,000 pengikutnya di media sosial.
Ia telah meraih lebih 200,000 tontonan dan mencetuskan pelbagai teori warganet.
"Ya, ia adalah makhluk asing," kata seorang pengguna media sosial.
Komen serupa juga dinyatakan seorang lagi warganet yang percaya ia adalah 100 peratus makhluk asing.
Ada juga yang melabel ia sebagai watak animasi antagonis, Megamind yang berkepala besar dan The Dark Lord dalam siri Harry Potter.
Makhluk pelik berukuran 44 sentimeter itu dikenal pasti sebagai Aptocyclus ventricosus atau ikan lumpus licin yang ditemui di laut dalam.
Ia dipercayai mengalami 'pembengkakan' seperti kembung berkemungkinan disebabkan perubahan tekanan ketika ia muncul ke permukaan.
Pada tahun lalu, seorang nelayan Amerika Syarikat (AS), Eric Osinkie juga menangkap makhluk pelik seperti belut bergigi di Hudson Valley di New York. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#nelayan
#mahkluk asing
#pukat
#lautan Pasifik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan