Kementerian Kesihatan Awam Thailand hari ini mengesahkan kes kelima novel koronavirus dikesan di negara itu.
Ia merupakan kes kedua pesakit gagal dikesan menerusi saringan di lapangan terbang.
Timbalan Menteri Kesihatan Awamnya, Sathit Patucha berkata pelancong wanita warga China berusia 33 tahun itu tiba di Bangkok dari Wuhan bersama anak perempuanya yang berusia tujuh tahun pada 21 Jan lepas.
Beliau berkata pesakit berkenaan telah ke hospital swasta kerana demam, sakit otot dan batuk. Wanita itu kemudian dipindahkan ke hospital kerajaan semalam.
BACA: Lapan warganegara China di Johor belum disahkan negatif koronavirus - KP Kesihatan
BACA: Tiga individu sudah disahkan dijangkiti virus Wuhan di Singapura
"Keputusan ujian makmal mengesahkan wanita itu positif novel koronavirus. Keadaannya bertambah baik. Anak perempuannya telah diuji tetapi negatif virus tersebut," katanya kepada pemberita selepas melawat wanita itu di Hospital Rajavithi, di sini hari ini.
Pada 12 Januari, Thailand mengesahkan kes pertama novel koronavirus apabila seorang wanita berusia 61 tahun dari Wuhan dikesan mengalami demam menerusi pengesan haba sebaik tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi.
Sementara itu, seorang wanita warga Thai yang didiagnos dijangkiti virus itu pada 15 Jan lepas selepas mengunjungi Wuhan, telah dibenarkan keluar hospital hari ini selepas ujian makmal mendapati beliau telah bebas daripada virus itu.
Setakat ini, dua pesakit masih dikuarantin di negara itu.
Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam, Dr Sukhum Karnchanapimai berkata Thailand telah meningkatkan pemantauan dan pengawasan di lima lapangan terbang utama - Suvarnabhumi, Don Mueang, Chiang Mai, Phuket, dan Krabi yang mempunyai penerbangan terus dari Wuhan susulan cuti Tahun Baharu Cina.
Katanya, sejak 3 Jan lepas, seramai 21,374 penumpang daripada 136 penerbangan dari Wuhan telah disaring untuk mengesan simptom pernafasan dan demam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 24 2020

Pelancong memakai topeng perlindungan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di Bangkok. - Foto REUTERS

Sukan Asia: Ayuh Malaysia, bangkit ke arah Paris 2024!
China merupakan juara keseluruhan Sukan Asia sejak 1982 dan sebagai tuan rumah bagi edisi kali ini, sudah pasti mereka mahu menggapai kegemilangan yang luar biasa apabila acara berpingat bermula secar

Melaka laksana penggunaan satu pas, satu harga lawat muzium
Perbadanan Muzium Melaka laksana penggunaan pas masuk secara berpakej untuk melawat muzium di bawah kendalian agensi itu pada satu bayaran.

Hantaran Taylor Swift di Instagram pecah rekod pendaftaran undi
Penyanyi "Only the Young" itu menyertai Hari Pendaftaran Pengundi Kebangsaan pada Selasa dengan menggesa peminatnya memastikan mereka layak mengundi pada pilihan raya presiden 2024.

Murid ditampar: Polis akan rakam keterangan guru, beberapa individu
Polis akan merakam keterangan seorang guru dan beberapa individu lain bagi siasatan lanjut berkaitan dakwaan seorang murid yang ditampar.

Memahami Alzheimer dan diagnosis awal
Hari Alzheimer Sedunia pada 21 Sept setiap tahun memberi peluang kepada orang ramai memahami penyakit Alzheimer dengan lebih mendalam.

Asia Tenggara muncul sebagai rantau perpaduan dan kerjasama - PM Vietnam
Vietnam komited bekerjasama dengan negara di rantau ini untuk menjaga keamanan, keselamatan dan kebebasan pelayaran di Laut China Selatan.

Malaysia bebas penyakit kuda Afrika - DVS
Perkara itu dimaklumkan WOAH menerusi surat yang dihantar kepada DVS.
Saingan tiga penjuru di Pilihan Raya Kecil DUN Pelangai
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada 7 Oktober depan menyaksikan saingan tiga penjuru melibatkan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), dan seorang calon Bebas.

Biden umum penubuhan pejabat cegah keganasan senjata api
Pejabat baharu itu diwujudkan melalui perintah eksekutif yang bertujuan mempercepat pelaksanaan Bipartisan Safer Communities Act.
Tapak pengkebumian berusia 800 tahun ditemui di Peru
Penemuan itu ditemui sewaktu pekerja dari syarikat gas Calidda sedang melakukan penggallian di Carabayllo.

ASEAN perlu kekal hubungan erat dengan AS, China - PM Anwar
ASEAN perlu kekalkan hubungan baik dengan kedua-dua negara itu semasa perkumpulan itu menyatakan komitmen untuk memperkukuh pemusatan.

Jangan remeh keazaman China untuk ambil alih Taiwan - Naib Presiden
Naib Presiden China beri amaran di PBB, Beijing pilih pendekatan damai tuntut Taiwan.

Amerika Syarikat kekal pelabur utama di Malaysia - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, hubungan baik dengan Amerika Syarikat telah lama terjalin dan akan diteruskan.

Johari bakal bertemu Xi Jinping, tumpu usaha tingkatkan hubungan Malaysia-China
, Tan Sri Johari Abdul bakal menumpukan usaha meningkatkan hubungan Malaysia-China dalam kerangka legislatif dan isu kelestarian alam, sewaktu lawatan rasmi selama empat hari, bermula 24 September.

Hangzhou bersedia anjurkan Sukan Asia
China bersedia sepenuhnya untuk penganjuran Sukan Asia yang mencapai standard Olimpik, dari 23 Sept hingga 8 Okt selepas tertangguh setahun susulan pandemik COVID-19.

Ant Group perkenal tujuh sistem e-wallet baharu Asia ke Tanah Besar China
Ant Group secara rasmi mengalu-alukan tujuh e-dompet dan aplikasi pembayaran terkemuka baharu dari Asia ke Program "Alipay-in-China" (AChina).

Indonesia sasar jadi hab pengeluaran halal
Indonesia bukan sahaja mahu menjadi negara yang menetapkan piawaian pensijilan halal, bahkan menjadi hab pengeluaran halal global, kata Naib Presiden Ma'ruf Amin.

Amerika Syarikat, China gesa tingkat hubungan yang lebih stabil
Setiausaha Negara AS dan Naib Presiden China bertemu dalam "diplomasi bersemuka" untuk tangani perbezaan pendapat antara dua negara.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lawatan PM ke China: Isu sumber manusia dan pemindahan teknologi ditekankan - Penganalisis
Pelaburan yang dibawa bukan sekadar membuka kilang di negara ini tetapi turut melatih anak tempatan dalam bidang teknologi.