awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BNM kekalkan OPR pada 2.75 peratus
Ketua PBB beri amaran tindakan gugat undang-undang antarabangsa
Malaysia Airports perkukuh akses China ke KLIA, Tawau sokong Tahun Melawat Malaysia 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Turki tahan 20 individu disyaki ada kaitan letupan di Ankara

Bernama
Bernama
02/10/2023
21:00 MYT
Turki tahan 20 individu disyaki ada kaitan letupan di Ankara
Anggota keselamatan Turki mengepung kawasan di sekitar kejadian letupan bom bunuh diri di Ankara, 1 Okt 2023. - Gambar fail AP
ISTANBUL: Pasukan keselamatan Turki telah menahan 20 orang yang didakwa mempunyai hubungan dengan kumpulan militan Kurdistan yang mengaku bertanggungjawab atas letupan bom bunuh diri pada hujung minggu di ibu negara Ankara, lapor Agensi Berita dpa.
Kementerian Dalam Negeri berkata, kesemua suspek itu ditahan di Istanbul dan wilayah Kirikkale, timur Ankara.
Parti Pekerja Kurdistan yang diharamkan atau PKK mengaku bertanggungjawab atas serangan pada Ahad, di mana seorang penyerang meletupkan dirinya di hadapan pintu masuk Kementerian Dalam Negeri dan seorang lagi mati ditembak oleh polis.
Dua anggota polis cedera ringan berbalas tembakan selepas letupan itu.
Semasa operasi keselamatan pada Isnin, senjata dan peluru dirampas semasa pemeriksaan, kata Kementerian Dalam Negeri.
BACA: Serangan di Ankara: Pengganas guna kereta curi
BACA: Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden pengeboman di Ankara
Tentera Turki melakukan serangan udara ke atas kedudukan PKK di utara Iraq pada Ahad malam. Ia mengatakan "sejumlah besar pengganas telah ditumpaskan."
Agensi Berita ANF yang ada kaitan dengan PKK mengesahkan serangan tersebut dan menulis bahawa pada awalnya tiada maklumat tentang kemalangan jiwa. Menurut kenyataan itu, serangan tersebut merosakkan infrastruktur awam.
--BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#Ankara
#millitan Kurdistan
#bom bunuh diri
#PKK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan