awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belia perlu kekal aktif rohani dan jasmani - Dr Mohammed Taufiq
Perry Bamonte, ahli The Cure, meninggal dunia pada usia 65 tahun
21 tahun Tsunami: Musibah menjadi berkah perdamaian kekal di Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ukraine 'dibiar sendirian' melawan Rusia - Volodymyr Zelenskyy

Sinar Harian
Sinar Harian
25/02/2022
02:15 MYT
Ukraine 'dibiar sendirian' melawan Rusia - Volodymyr Zelenskyy
Anggota tentera Ukraine berkawal di lokasi di Kharkiv, Khamis, 17 Feb 2022. -AP
KIEV: Presiden Ukraine pada Jumaat berkata, negaranya 'dibiarkan bersendirian' untuk melawan Rusia selepas Kremlin melancarkan pencerobohan besar-besaran menyasarkan Kiev.
Menurut Volodymyr Zelenskyy, lebih 130 orang termasuk orang awam dan tentera terkorban sepanjang tempoh 24 jam pencerobohan Rusia.
"Kami telah ditinggalkan bersendirian untuk mempertahankan negara kami. Siapa yang sedia berjuang bersama kami? Saya tidak nampak sesiapa.
"Siapa yang bersedia memberi jaminan keanggotaan NATO (Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara)?
"Semua orang takut," kata Zelenskyy.
Krisis Ukraine-Rusia: Apa punca sebenar dan perkembangan terkini
Pada masa sama, Zelenskyy - pelawak yang diangkat menjadi Presiden pada 2019 - mendedahkan bahawa kumpulan pensabotaj Rusia telah berada di ibu negara Kiev dan menggesa warga kota itu untuk terus berwaspada serta mematuhi perintah berkurung.
Tambah Zelenskyy, ketika ini beliau dan keluarganya kekal di Ukraine biarpun sedar dirinya adalah sasaran nombor satu Rusia.
"Mereka mahu musnahkan Ukraine secara politik dengan menjatuhkan ketua negara," kata Zelenskyy.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kiev
#NATO
#krisis Rusia-Ukraine
#Volodymyr Zelenskyy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan