Skip to main content

Dunia

Warga emas 83 tahun terselamat dalam rompakan bersenjata

41544081781_GRANNY.jpg
Polis menembak mati seorang penjenayah dalam  kejadian rompakan di sebuah kedai emas di Valenca, Brazil.

Dalam kejadian berkenaan, seorang warga emas berusia 83 tahun juga dijadikan tebusan oleh perompak itu sejurus polis tiba di tempat kejadian selepas mendapat maklumat daripada orang awam.

Keadaan semakin tegang apabila peompak berkenaan cuba melarikan diri dari kepungan polis.


Penjenayah berkenaan kemudiannya menarik warga emas tersebut seraya mengacukan pistol di kepala tebusan itu.

Menurut polis tentera Brazil, Rio de Janeiro,  sejumlah barangan kemas bernilai kira-kira RM54,000 (USD13,000 ) dan  sepucuk pistol jenis revolver turut dirampas.

Orang awam yang menyaksikan kejadian itu bersorak kegembiraan selepas warga emas tersebut berjaya diselamatkan oleh pasukan polis.

Advertisement

Must Watch Video