awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Waris mangsa dibawa ke lokasi runtuhan kondominium Champlain Towers South

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
28/06/2021
03:32 MYT
Waris mangsa dibawa ke lokasi runtuhan kondominium Champlain Towers South
Ahli keluarga mangsa yang terkorban dan juga masih belum ditemui dibawa ke tapak runtuhan kondominium Champlain Towers South dengan menaiki bas. -AP
MIAMI: Ahli keluarga mangsa yang terkorban dan juga masih belum ditemui dibawa ke tapak runtuhan kondominium Champlain Towers South dengan menaiki bas.
Menurut Datuk Bandar Miami-Dade County Daniella Levine Cava pada Ahad, kesemua waris mangsa korban dibenarkan ke lokasi bagi memberi sokongan terhadap usaha dijalankan pasukan penyelamat.
Dalam pada itu, pihak berkuasa turut mengumpulkan sampel DNA daripada keluarga untuk mengenal pasti identiti mangsa.
Angka korban dalam insiden runtuhan kondominium Champlain Towers South di Surfside, Florida, Amerika Syarikat pada Jumaat meningkat kepada sembilan orang.
BACA: Korban kondominium runtuh di Florida meningkat kepada 9
Pihak berkuasa tempatan melaporkan, selepas empat hari usaha mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan, lebih 150 mangsa masih belum ditemui dan dipercayai berada di bawah runtuhan.
"Kita sedang berusaha sebaik mungkin untuk mengalihkan serpihan runtuhan dengan menggunakan teknologi dan jentera yang ada.
"Setakat ini, jumlah kematian kekal sembilan orang, dan sekarang kita sedang berusaha untuk mendapatkan waris mangsa," kata Levine Cava.
Pada Jumaat, sebahagian kondominium Champlain Towers South runtuh semasa penghuninya sedang nyenyak tidur.
Bangunan itu terletak di Surfside, kira-kira 9.6 kilometer di utara pantai Miami.
Semalam, sebuah laporan mendedahkan, terdapat kesilapan besar dalam struktur reka bentuk asal bangunan berkenaan di mana ia dikatakan menghalang aliran air daripada tapaknya ke menara itu.
Usaha menyelamat mangsa yang masih terperangkap sejak beberapa hari diganggu masalah kebakaran di bangunan itu.
Angin kencang dan hujan juga menyukarkan pasukan mendekati lokasi kejadian.
Kira-kira 130 anggota bomba dikerahkan bertugas dan turut melibatkan bantuan anjing pengesan serta peralatan lain.
Bangunan tersebut pada asalnya mempunyai 136 unit kediaman dan insiden pada Jumaat menyebabkan sebanyak 55 unit di bahagian Timur Laut bangunan tersebut runtuh.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Kondominium 12 tingkat runtuh
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#runtuhan bangunan
#korban
#waris mangsa
#Champlain Towers South
#kondominium 12 tingkat runtuh
#Miami
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan