awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Buruh Myanmar mengaku tidak bersalah miliki senjata api
Peletakan jawatan pemimpin PN bukti kerapuhan parti - AMK Johor
Mujahid, Takiyuddin capai persetujuan tamat saman fitnah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WHO nafi COVID-19 buatan manusia, berpunca dari makmal

Agensi
Agensi
24/04/2020
05:12 MYT
WHO nafi COVID-19 buatan manusia, berpunca dari makmal
WHO menolak dakwaan koronavirus punca COVID-19 adalah hasil pembuatan makmal. -REUTERS
Punca kepada penularan wabak COVID-19 masih menjadi perdebatan dalam kalangan para saintis dunia sehingga mendorong kepada beberapa teori konspirasi dari mana asal virus itu.
Ini termasuk dakwaan mengatakan ia berpunca dari sebuah makmal keselamatan bio yang terletak di kawasan pinggiran di bandar Wuhan, dikenali Institut Virologi Wuhan (WIV).
Biarpun begitu, pemerhati isu kesihatan global, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), menolak sepenuhnya dakwaan bahawa virus itu kononnya merupakan hasil buatan makmal.
“Semua bukti kajian yang ada ketika ini jelas mengatakan bahawa ia berkemungkinan berasal dari haiwan dan tiada bukti yang kukuh mengatakan ia dimanipulasi atau dicipta di makmal atau dari mana-mana tempat yang tidak diketahui,” kata jurucakap WHO, Fadela Chaib.
Chaib, pada masa sama, menekankan bahawa selari dengan konsensus saintifik ketika ini, virus itu dikaitkan dengan kelompok ekologi kelawar.
BACA: Semak fakta: Kelawar bersarang bawah bumbung punca COVID-19?
“Ramai ahli penyelidik telah berjaya mengkaji ciri-ciri genomik virus SARS-CoV-2 itu, tetapi tiada sebarang penemuan mendapati ia merupakan buatan makmal,” katanya.
Beliau berkata sekalipun virus itu merupakan buatan makmal, hasil struktur genomik itu sudah tentu akan menunjukkan sejenis campuran oleh pelbagai elemen.
Senada dengan Chaib ialah profesor mikrobiologi dan imunologi di Universiti Columbia, Vincent Racaniello yang membidas dakwaan tersebut dan mengesahkan COVID-19 bersifat semulajadi selepas ciri-cirinya diteliti.
“Tiada persoalan tentang virus itu merupakan buatan manusia atau makmal dan mereka yang berpendapat sedemikian sebenarnya tidak melihat dari sudut sains,” katanya seperti memetik laporan berita CGTN.
Jelas Racaniello, meskipun ia dipercayai ‘virus’ kelawar, namun saintis masih mengkaji sama ada virus itu berasal daripada gabungan semula antara virus yang menjangkiti hidupan liar atau berpunca dari kelawar kemudian menjangkiti manusia.
“Namun, untuk menjawab kepada persoalan itu, kita juga perlu membuat pemantauan terhadap hidupan liar,” katanya.
Tambah beliau, kajian asal usul atau punca virus amat penting sebagai persiapan untuk mengelakkan kemunculan pandemik lain pada masa depan.
BACA: Kemaruk jamah daging ular berbisa punca koronavirus tersebar?
Topic Berkaitan
#COVID19
#Institut Virologi Wuhan
#kelawar
#kesihatan
#Pertubuhan Kesihatan Dunia
#punca virus
#Universiti Columbia
#WHO
#Wuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan